Sempena sambutan hari raya, PANPerlis dengan kerjasama BAKERP menganjurkan majlis Jamuan Hari Raya bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan kakitangan PANPerlis. Di samping itu juga, turut diraikan adalah pengguna perpustakaan yang sering berkunjung ke perpustakaan. Majlis sambutan ini merupakan program tahunan setiap Aidilfitri. Semua persiapan tempat diadakan secara bergotong royong. Makanan ditempah daripada orang perseorangan manakala kuih raya dibawa setiap kakitangan. Turut diadakan adalah Pertandingan Karaoke di antara kakitangan perpustakaan Menurut Yang Dipertua Bakerp, tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk mencari bakat setiap ahli bagi mewakili jabatan untuk ke pertandingan antara PNM.
Makanan menu utama seperti bihun sup, ketupat dan rendang, roti jala dan buah-buahan.
|
Pencuci mulut buah tembikai |
|
Cendol sebagai pemanis mulut |
|
Pelbagai kuih raya menjadi pilihan |
|
Kuih sagu yang lazat |
|
Ketupat dan roti jala bersama rendang |
|
Bihun sup yang ditempah di kedai tepi The Store |
No comments:
Post a Comment