Pada 23 September 2014, telah berlangsung dengan jayanya Program PMS : Pertandingan Pantun Terbuka Perlis 2014. Peringkat saringan telah diadakan pada 23 Sept 2014 dan peringkat akhir pada 30 September 2014. Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis.
Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah diwakili oleh 4 peserta iaitu En. Ridzuan Mat (Biro Sukan), En. Mohd Ridzuwan Mat Radzi (Biro Tugas-Tugas Khas & ketua kumpulan), En. Muslim Saadan & Tengku Nazim Tg. Saminan. Peserta ini telah menamakan kumpulan mereka sebagai Geng Kg. Batu Kawi.
Untuk permulaan pertandingan, Geng Batu Kawi yang diwakili 3 peserta iaitu Ridzuan Mat, Tg. NAzim Tg. Saminan & En. Muslim Saadan bertemu dengan kumpulan peserta dari UiTM. Walaupun Geng Batu Kawi telah kalah mati dengan bermaruah di tangan peserta UiTM tetapi semangat berjuang tetap ada apabila Geng Batu Kawi telah menggegarkan Pesta Pantun di Auditorium dengan gelak tawa dan persembahan sempoi..semoga tahun depan kita ketemu lagi..
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 Kontinjen Perpustakaan Awam diketuai oleh Biro Sukan BAKERP
Bertempat di Stadium Dato' Sheikh Ahmad berlangsungnya perarakan hari Kemerdekaan ke 57. Kontinjen Perpustakaan Awam Neegri PErlis diketuai oleh En. Masri Sidek, Biro Sukan Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan PErpustakaan Awam Neegri Perlis. Kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri PErlis diwakili oleh 50 orang kakitangan. Turut sertai adalah perarakan kenderaan jabatan yang diwakili oleh bas bergerak dari PErpustakaan Awam Negeri Perlis.












Hari Bertemu Pelanggan & Merdeka Raya
Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama
Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi (BAKERP) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan & Merdeka Raya. Program
ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk bersemuka secara terus bagi
berbincang dan memberi maklumbalas tentang perkhidmatan perpustakaan. Disamping
itu, program ini menjadi saluran penyelesaian masalah pelanggan dan pengaduan
awam berkonsepkan mesra pelanggan.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim antara kakitangan perpustakaan, pengunjung perpustakaan
serta pihak agensi yang pernah berurusan dengan perpustakaan di dalam bulan
sambutan Aildilfitri dan kemerdekaan. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya kaunter bertemu pelanggan, kempen daftar ahli percuma, pameran kemerdekaan,
kuiz kemerdekan, jamuan hari raya, booth fotografi dan sebagainya.
Sumbangan kebajikan
BAKERP di bawah Biro Kebajikan & Sosial telah mengadakan kutipan derma kilat untuk diberikan kepada kakitangan perpustakaan yang memerlukan. Sumbangan ini bertujuan untuk menunjukkan rasa keprihatinan kakitangan perpustakaan kepada kakitangan yang lain. Selain itu, kakitangan turut memberi sumbangan berupa pakaian terpakai untuk diberikan kepada saudara seislam dari negara lain yang memerlukan. Kutipan ini merupakan acara tahunan pada Bulan Ramadhan.
![]() |
| En. Dahlan, Pengerusi Biro Kebajikan & Sosial mewakili BAKERP memberi sumbangan kebajikan kpd Pn. Suriati Othman, bekas ahli BAKERP dan pekerja PNMPerlis. |
![]() |
| Bahan-bahan keperluan harian untuk disumbangkan |
| Sumbangan berupa baju untuk diberikan kepada golongan miskin |
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN “SEKUNTUM KENANGAN” SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH PNM
Kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis yang diwakili seramai lebih kurang 25 orang kakitangan mengadakan persembahan tarian, nyanyian dan sketsa sempena Persaraan Ketua Pengarah PNM, Ybhgia Dato’ Raslin Abu Bakar. Persembahan yang berwarna warni dan meriah itu turut mendapat pujian dan penghargaan daripada kakitangan yang lain. Selamat bersara kepada Tuan Pengarah PNM dan tahniah kepada kakitangan PNMPerlis atas persembahan yang menarik!
Subscribe to:
Posts (Atom)











