Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama
Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi (BAKERP) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan & Merdeka Raya. Program
ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk bersemuka secara terus bagi
berbincang dan memberi maklumbalas tentang perkhidmatan perpustakaan. Disamping
itu, program ini menjadi saluran penyelesaian masalah pelanggan dan pengaduan
awam berkonsepkan mesra pelanggan.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim antara kakitangan perpustakaan, pengunjung perpustakaan
serta pihak agensi yang pernah berurusan dengan perpustakaan di dalam bulan
sambutan Aildilfitri dan kemerdekaan. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya kaunter bertemu pelanggan, kempen daftar ahli percuma, pameran kemerdekaan,
kuiz kemerdekan, jamuan hari raya, booth fotografi dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment