Hari Bertemu Pelanggan & Merdeka Raya


Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi (BAKERP) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan & Merdeka Raya. Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk bersemuka secara terus bagi berbincang dan memberi maklumbalas tentang perkhidmatan perpustakaan. Disamping itu, program ini menjadi saluran penyelesaian masalah pelanggan dan pengaduan awam berkonsepkan mesra pelanggan. 

Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan perpustakaan, pengunjung perpustakaan serta pihak agensi yang pernah berurusan dengan perpustakaan di dalam bulan sambutan Aildilfitri dan kemerdekaan. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya kaunter bertemu pelanggan, kempen daftar ahli percuma, pameran kemerdekaan, kuiz kemerdekan, jamuan hari raya, booth fotografi dan sebagainya.








Sumbangan kebajikan

BAKERP di bawah Biro Kebajikan & Sosial telah mengadakan kutipan derma kilat untuk diberikan kepada kakitangan perpustakaan yang memerlukan. Sumbangan ini bertujuan untuk menunjukkan rasa keprihatinan kakitangan perpustakaan kepada kakitangan yang lain. Selain itu, kakitangan turut memberi sumbangan berupa pakaian terpakai untuk diberikan kepada saudara seislam dari negara lain yang memerlukan. Kutipan ini merupakan acara tahunan pada Bulan Ramadhan.


En. Dahlan, Pengerusi Biro Kebajikan & Sosial mewakili BAKERP memberi sumbangan kebajikan kpd Pn. Suriati Othman, bekas ahli BAKERP dan pekerja PNMPerlis.

Bahan-bahan keperluan harian untuk disumbangkan

Sumbangan berupa baju untuk diberikan kepada golongan miskin



PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN “SEKUNTUM KENANGAN” SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH PNM

Kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis yang diwakili seramai lebih kurang 25 orang kakitangan mengadakan persembahan tarian, nyanyian dan sketsa sempena Persaraan Ketua Pengarah PNM, Ybhgia Dato’ Raslin Abu Bakar. Persembahan yang berwarna warni dan meriah itu turut mendapat pujian dan penghargaan daripada kakitangan yang lain. Selamat bersara kepada Tuan Pengarah PNM dan tahniah kepada kakitangan PNMPerlis atas persembahan yang menarik!









Majlis bacaan Yassin

Bakerp telah menganjurkan majlis bacaan Yassin beramai-ramai pada 23 Julai 2014 yang dihadiri oleh kakitangan PNMPerlis bersempena bagi memperingati pemergian anak kapal dan penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Selain itu, bacaan doa bagi memohon keamanan dan kesejahteraan Negara serta saudara semuslim yang terkorban akibat peperangan di Palestin. Bacaan Yassin ini dipimpin oleh En. Rashid Harun, pembantu Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis.






CERAMAH MOTIVASI “PENGARUH MEDIA SOSIAL DAN KESANNYA”

BAKERP telah menganjurkan ceramah motivasi bertajuk “Pengaruh Media Sosial dan Kesannya” yang disampaikan oleh YBhg Dr. Hj. Huzili Hussin, penceramah dari Universiti Malaysia Perlis pada 11 Julai 2014. Menerusi ceramah tersebut, kakitangan perpustakaan diberi pendedahan tentang pengaruh negatif media sosial menerusi facebook yang kadangkala tidak sahih dan tidak tahu sumbernya yang  boleh mengakibattkan Negara menjadi huru hara dan tidak aman. Selain itu, penceramah turut menyelitkan mengenai amalan-amalan yang perlu dilakukan pada bulan Ramadhan.