Mesyuarat Agung Tahunan BAKERP kali ke 9 tahun 2011

Mesyuarat Agung Bakerp kali ke 9 tahun 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2011 (Khamis), 8.30 pagi bertempat di Dewan Syarahan PPANPs. Pada tahun ini setiap ahli diberikan hadiah berupa baju T BAKERP bewarna hijau dan sebatang pena Pengerusi majlis pada hari tersebut adalah En. Ridzuan Mat. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Dipertua BAKERP iaitu Tn. Hj. Muhammad Hj. Harun. Mesyuarat Agung Tahunan dirasmikan oleh Pn. Hj. Norma binti Mohd Darus. Turut diadakan adalah penyampaian hadiah oleh Puan Pengarah kepada pasukan yang menyertai Pertandingan Boling Tertutup BAKERP. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah  hari diikuti jamuan makan tengah hari.
Ucapan Aluan dari Yang Dipertua Bakerp dan Ucapan Perasmian dari Puan Pengarah PPANPs
Penyampaian Hadiah Pertandingan Boling
Mesyuarat Agung Tahunan BAKERP bersidang
Gambar kakitangan PPANPs

PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP BAKERP 2011

Pertandingan Boling Berpasukan Tertutup BAKERP telah diadakan pada 19 Jun 2011 bertempat di Perlis Bowl, Tingkat 2, Bangunan Kayangan Square.  Seramai 10 kumpulan mengambil bahagian iaitu 40 orang. Turut hadir adalah Puan Hjh Norma Mohd Darus selaku  Penasihat Bakerp.  Berikut adalah keputusan pertandingan :

JOHAN                    
 Kump. Chee-bidi  (1219 mata)

NAIB JOHAN
Mail Lambung (1142 mata)

TEMPAT KETIGA
Nine on the Top (1138)
Para Peserta

Kumpulan No Name & Nine On The Top

Kumpulan Deco-Deco & Mail Lambung

Kumpulan Uii..Dasyat & Golong

Kumpulan Chee-bidi & Zers

Kumpulan Skyline Hijau & Golong-Golong Gelong



CERAMAH AGAMA HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM MERANGKUMI ASPEK IBADAH, MAKANAN, PEKERJAAN DAN EKONOMI

Bakerp di bawah Biro Pendidikan dan Lawatan telah mengadakan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ismail Hassan Batu Bara pada 27 May 2011 di Dewan Syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Ceramah agama yang diadakan selama 2 jam ini dihadiri oleh ahli-ahli Bakerp yang antara lain mewujudkan kesedaran tentang halal dan haram  dalam islam merangkumi amalan seharian seperti makan minum, ibadah, kerja dan sebagainya. Isi kandungan ceramah ini begitu padat dan ilmiah untuk mendidik semua ahli-ahli bakerp supaya tidak lalai dan leka dengan tugasan harian sebagai penjawab awam yang bertanggungjawab dan amanah.


Lawatan ke Cameron Highlands

Bakerp di bawah Biro Pendidikan dan Lawatan telah mengadakan lawatan ke Cameron Highlands. Seramai 33 ahli Bakerp menyertai rombongan ini yang diadakan pada 21 Mei 2011. Cameron Highlands menjadi destinasi lawatan kerana ianya terkenal dengan keindahan panorama dan suasana sejuk yang sungguh nyaman.  Tempat lawatan yang dikunjungi seperti Tanah Rata Cameron Highlands, ladang teh, Honey Bee Farms dan Ladang Strawberry. Pastinya jika ke Cameron highlands rasanya tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Ladang Strawberry untuk menikmati  rasa buah strawberry yang segar yang baru dipetik dari pokok. Selain itu, rombongan tidak melepaskan  peluang memborong segala hasil jualan seperti cenderamata, bunga, sayur, buah dan makanan. Rombongan bertolak balik ke Perlis pada pukul 7.00 malam.




Saringan Malam Perkhidmatan Awam

Seramai 16 orang kakitangan PANP, di bawah Biro Kebudayaan, BAKERP terlibat dalam saringan bagi persembahan ‘Malam Perkhidmatan Awam’ pada 10 Mei 2011 bertempat di Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negeri Perlis.  Sebanyak 23 jabatan telah mengambil bahagian dan pelbagai persembahan diadakan yang bertemakan 60an seperti persembahan tarian, lakonan dan nyanyian.
 Tujuan diadakan saringan ini adalah untuk memilih 10 jabatan daripada 23 Jabatan untuk membuat persembahan pada Malam Persembahan Awam yang akan diadakan pada 22 Jun 2010 yang akan dihadiri oleh  DYMM Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Perlis.
PANPs memilih untuk mengadakan persembahan tarian. Atas berkat usaha yang gigih, akhirnya PANPs turut terpilih untuk mengadakan persembahan pada 22 Jun 2011.