Bakerp di bawah Biro Pendidikan dan Lawatan telah mengadakan lawatan ke Cameron Highlands. Seramai 33 ahli Bakerp menyertai rombongan ini yang diadakan pada 21 Mei 2011. Cameron Highlands menjadi destinasi lawatan kerana ianya terkenal dengan keindahan panorama dan suasana sejuk yang sungguh nyaman. Tempat lawatan yang dikunjungi seperti Tanah Rata Cameron Highlands, ladang teh, Honey Bee Farms dan Ladang Strawberry. Pastinya jika ke Cameron highlands rasanya tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Ladang Strawberry untuk menikmati rasa buah strawberry yang segar yang baru dipetik dari pokok. Selain itu, rombongan tidak melepaskan peluang memborong segala hasil jualan seperti cenderamata, bunga, sayur, buah dan makanan. Rombongan bertolak balik ke Perlis pada pukul 7.00 malam.
No comments:
Post a Comment