HARI KELUARGA BAKERP
PPANPs
TARIKH : 21 JANUARI
2017 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI - 2.00 PTG
TEMPAT : GUA KELAM
Hari Keluarga BAKERP PPANPs telah berlangsung dengan meriah
dan jayanya pada 21 Januari 2017, Sabtu jam 8.30 pagi bertempat di Taman
Rekreasi, Gua Kelam. Seramai lebih kurang 200 orang menjayakan program ini. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta untuk
cabutan bertuah, makan pagi dan ucapan alu-aluan dari Yang Dipertua BAKERP.
Aktiviti diteruskan dengan sukaneka kanak-kanak dan dewasa.
Sebanyak 5 aktiviti dijalankan bagi 2 kategori ini. Kanak-kanak bermain
aktiviti karang getah, kutip coklat, semakin jauh semakin sayang dan kerusi
muzik manakala kategori dewasa adalah kerusi muzik (Lelaki/Perempempuan),
karang getah, semakin jauh semakin sayang dan bawa getah menggunakan straw. Turut
dijalankan cabutan bertuah untuk semua ahli keluarga dan kakitangan yang hadir.
Jamuan makan tengah hari pada jam 12.00 tgh hari. Turut
diadakan sambutan hari lahir kakitangan yang lahir pada bulan Januari-April.
Aktiviti berahir dengan ucapan dari Puan Machita Othman, Pengarah PPANPs,
penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cabutan bertuah (utama) yang berupa
barangan kaca, hamper, barangan lektrik dan basikal. Hadiah utama berupa
basikal dimenangi oleh Puan Norliza Ismail. Tahniah diucapkan.,
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan dan
keluarga yang hadir memeriahkan Hari Keluarga tersebut. Tanpa sokongan anda
majlis tidak akan beerti. Terima kasih juga diucapkkan kepada Puan Pengarah,
YDP BAKERP dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang hadir memberi sokongan dan
bertungkus lumus menjayakan Hari Keluarga. Terima kasih kepada
jawatankuasa-jawatankuasa dan orang perseorangan yang bekerjasama melancar dan menjayakan
Hari Keluarga ini. Sekalung penghargaan kepada Pengarah Jabatan Perhutanan
Negeri Perlis kerana membenarkan pihak kami mengadakan program hari keluarga di
sini.
Kepada Jawatankuasa BAKERP sesi 2016/2018, tq very
much..kipidap dongibap!..till next year, we will meet again sekiranya diberikan
rezeki yang luas olehNya.
No comments:
Post a Comment