HARI KELUARGA BAKERP PPANPs

HARI KELUARGA BAKERP PPANPs
TARIKH : 21 JANUARI 2017 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI - 2.00 PTG
TEMPAT : GUA KELAM



Hari Keluarga BAKERP PPANPs telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 21 Januari 2017, Sabtu jam 8.30 pagi bertempat di Taman Rekreasi, Gua Kelam. Seramai lebih kurang 200 orang menjayakan program ini. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta untuk cabutan bertuah, makan pagi dan ucapan alu-aluan  dari Yang Dipertua BAKERP.


Aktiviti diteruskan dengan sukaneka kanak-kanak dan dewasa. Sebanyak 5 aktiviti dijalankan bagi 2 kategori ini. Kanak-kanak bermain aktiviti karang getah, kutip coklat, semakin jauh semakin sayang dan kerusi muzik manakala kategori dewasa adalah kerusi muzik (Lelaki/Perempempuan), karang getah, semakin jauh semakin sayang dan bawa getah menggunakan straw. Turut dijalankan cabutan bertuah untuk semua ahli keluarga dan kakitangan yang hadir.


Jamuan makan tengah hari pada jam 12.00 tgh hari. Turut diadakan sambutan hari lahir kakitangan yang lahir pada bulan Januari-April. Aktiviti berahir dengan ucapan dari Puan Machita Othman, Pengarah PPANPs, penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cabutan bertuah (utama) yang berupa barangan kaca, hamper, barangan lektrik dan basikal. Hadiah utama berupa basikal dimenangi oleh Puan Norliza Ismail. Tahniah diucapkan.,


Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan dan keluarga yang hadir memeriahkan Hari Keluarga tersebut. Tanpa sokongan anda majlis tidak akan beerti. Terima kasih juga diucapkkan kepada Puan Pengarah, YDP BAKERP dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang hadir memberi sokongan dan bertungkus lumus menjayakan Hari Keluarga. Terima kasih kepada jawatankuasa-jawatankuasa dan orang perseorangan yang bekerjasama melancar dan menjayakan Hari Keluarga ini. Sekalung penghargaan kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis kerana membenarkan pihak kami mengadakan program hari keluarga di sini.



Kepada Jawatankuasa BAKERP sesi 2016/2018, tq very much..kipidap dongibap!..till next year, we will meet again sekiranya diberikan rezeki yang luas olehNya.