Kempen Daftar Ahli Perpustakaan @ Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis

Pada 24 Mei 2012 (Khamis), 8.40 pagi, Perpustakaan Awam Negeri Perlis dibawah Skuad Promosi PNM Perlis, dengan kerjasama PD Sg. Bakong, PD Taman Kemajuan, I-Play Toy Library cawangan Simpang Empat, Kuala Perlis, Padang Besar dan Arau telah menjalankan Kempen Daftar Ahli di Sekolah Kebangsaan Sena (sekolah cluster tuhhh).

Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak menjadi ahli perpustakaan, mempromosikan perkhidmatan perpustakaan seperti pinjaman buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu, aktiviti galakan membaca spt mewarna, membuat kraftangan dan sebagainya. Selain itu, ia turut mempromosikan KEMPEN MEMBACA di kalangan pelajar sekolah tersebut dengan menguar-uarkan pelajar untuk datang ke perpustakaan untuk membaca buku dan meminjam buku. Selain dari perkhidmatan perpustakaan iaitu  rujukan buku, meminjam buku, kanak-kanak juga boleh datang ke perpustakaan untuk menjalankan aktiviti galakan membaca seperti bercerita, mewarna, bermain, membuat kraftangan dan sebagainya bersama rakan-rakan yang lain. Dengan erti kata yang lain, perpustakaan merupakan tempat untuk kanak-kanak melakukan aktiviti sosial yang sihat, pergaulan dengan rakan-rakan, bertukar pendapat selain daripada amalan membaca buku.

Berbalik mengenai kempen daftar ahli perpustakaan @ SK Sena. Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah tersebut seperti:
1) Taklimat perpustakaan dan tayangan video korporat
2) Cerita Pendidikan dan Kuiz
3) Membaca Bersama "Let's Read Together"
4) Daftar Ahli perpustakaan secara percuma
6) Pameran koleksi buku perpustakaan dan rangkaian perpustakaan
7) Pameran i play toy
8) Aktiviti I-Play toy  bersama pelajar pra sekolah
9) Permainan Dam gergasi
10) Celik IT bersama as e-Pustaka

Kesimpulannya, aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan daripada para pelajar. Ia juga dapat menggalakkan para pelajar ke perpustakaan dan mendekatkan mereka bersama petugas perpustakaan. Selain itu, melalui aktiviti ini ia juga dapat mengurangkan tension beban belajar pelajar belajar di sekolah pada hari tersebut  selain menghiburkan hati mereka dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


No comments: