Meriahnya Sambutan Hari Raya Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Program Hari Raya Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah dijalankan dengan meriahnya pada 10 September 2011 (Sabtu), 8.00 pagi bertempat di Perkarangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Seramai lebih kurang 300 orang kanak-kanak serta kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis datang berkumpul untuk memeriahkan program tersebut. Kanak-kanak dari seluruh pelusuk negeri Perlis yang mewakili perpustakaan Desa masing-masing datang seawal jam 8.00 pagi untuk menjayakan majlis tersebut. Ucapan aluan disampaikan oleh Pn. Machita Othman mengalu-alukan kedatangan semua ahli kelab. Selepas ucapan aluan, majlis disajikan dengan klip multimedia aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar yang memaparkan perjalanan aktiviti kelab sepanjang tahun 2011. Seramai 10 orang kanak-kanak membuat persembahan karaoke lagu bertema Hari Raya. Turut diadakan pada hari tersebut adalah Sayembara Deklamasi Puisi Sajak bertemakan Kemerdekaan dan tayangan filem. Majlis Jamuan Hari Raya diadakan pada pukul 12.00 tengah hari.

Turut diadakan bagi memeriahkan majlis adalah pertandingan gerai tercantik dan pakaian tercantik. Tema pada tahun ini adalah 'Zaman Kesultanan Melayu'. Kakitangan perpustakaan tidak ketinggalan untuk memakai pakaian ala-ala zaman kesultanan melayu seperti memakai baju kurung dan berkain batik di atas kepala, menyisip bunga di telinga, ada yang berpakaian seperti panglima hang tuah, pengawal, raja dan sebagainya. 













1 comment:

penanglibrary blogspot said...

wahh!!! lagik best..gud job...