Alhamdulillah. Berita baik untuk semua penjawat awam kerana baru semalam dan hari ini di berita ada diumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibuat seawal-awalnya pertengahan bulan Ogos ini. Malah pemberian bonus ini juga turut melibatkan golongan pesara kerajaan yang juga bakal mendapat habuan sebanyak RM500. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Sebelum ini Perdana Menteri ada mengumumkan bantuan hari raya kepada peneroka FELDA dan kini sudah tiba golongan kakitangan awam mendapatnya pula. Tambahan pula, ini sebagai menghargai sumbangan dan serta dedikasi penjawat awam kepada memudah dan menjayakan perlakasaan program pembangunan negara.
Sebelum ini terdapat juga pengumuman yang oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui menteri besarnya mengenai pengumuman pemberian duit raya kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM500 dan terdapat juga sumber-sumber yang dipercayai menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga bakal menurut jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat pengumuman pemberian bonus kepada kakitangan awamnya sebanyak RM600.
Apa pun adalah diharapkan semua kakitangan yang menerima duit bonus atau duit raya ini dapat memanfaatkan sepenuhnya pemberian ini dan sekurang-kurangnya dapat meringankan perbelanjaan menjelang musim perayaan tidak lama lagi.
p/s – Adakah kakitangan kontrak/sementara/sangkutan turut layak menerima bonus ini?
Sumber; Berita-berita arus perdana
No comments:
Post a Comment