Lawatan ke Cameron Highlands

Bakerp di bawah Biro Pendidikan dan Lawatan telah mengadakan lawatan ke Cameron Highlands. Seramai 33 ahli Bakerp menyertai rombongan ini yang diadakan pada 21 Mei 2011. Cameron Highlands menjadi destinasi lawatan kerana ianya terkenal dengan keindahan panorama dan suasana sejuk yang sungguh nyaman.  Tempat lawatan yang dikunjungi seperti Tanah Rata Cameron Highlands, ladang teh, Honey Bee Farms dan Ladang Strawberry. Pastinya jika ke Cameron highlands rasanya tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Ladang Strawberry untuk menikmati  rasa buah strawberry yang segar yang baru dipetik dari pokok. Selain itu, rombongan tidak melepaskan  peluang memborong segala hasil jualan seperti cenderamata, bunga, sayur, buah dan makanan. Rombongan bertolak balik ke Perlis pada pukul 7.00 malam.




Saringan Malam Perkhidmatan Awam

Seramai 16 orang kakitangan PANP, di bawah Biro Kebudayaan, BAKERP terlibat dalam saringan bagi persembahan ‘Malam Perkhidmatan Awam’ pada 10 Mei 2011 bertempat di Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negeri Perlis.  Sebanyak 23 jabatan telah mengambil bahagian dan pelbagai persembahan diadakan yang bertemakan 60an seperti persembahan tarian, lakonan dan nyanyian.
 Tujuan diadakan saringan ini adalah untuk memilih 10 jabatan daripada 23 Jabatan untuk membuat persembahan pada Malam Persembahan Awam yang akan diadakan pada 22 Jun 2010 yang akan dihadiri oleh  DYMM Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Perlis.
PANPs memilih untuk mengadakan persembahan tarian. Atas berkat usaha yang gigih, akhirnya PANPs turut terpilih untuk mengadakan persembahan pada 22 Jun 2011.