Lawatan Sambil Belajar Taiping, Perak



Lawatan Sambil Belajar ke Taiping, Perak telah dijalankan pada 18 Disember 2010. Seramai 83 peserta mengikuti rombongan ini. Lawatan ini merupakan anjuran Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Beberapa kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bersama keluarga turut menyertai lawatan ini. Lain-lain peserta adalah ahli Kelab Membaca Sinar Pintar (kanak-kanak), pengguna perpustakaan dan kaum keluarga.

Seawal 6.30 pagi para peserta dikehendaki untuk menunggu bas no. 2 di  Paya Kelubi dan tiba di perpustakaan negeri jam 7.00 pagi. Bas 1 menunggu di perpustakaan negeri untuk mengangkut peserta yang lain. Rombongan bertolak ke Taiping lewat 40 minit kerana bas mengalami sedikit kerosakan.

Rombongan tiba  di Perhentian Gurun untuk menikmati makanan tengahari yang ditaja oleh MB Perlis dan meneruskan perjalanan 30 minit kemudian.

Lebih kurang pukul 11.45 pagi, rombongan tiba di Perhantian Tol Taiping dan sekali lagi bas 1 mengalami kerosakan manakala bas 2 meneruskan perjalanan ke Perpustakaan Cawangan Taiping, Perak.

Hati yang tawar kembali ceria setelah kami tiba di tempat perkelahan air terjun Burmese Pool. Suasana air terjun yang damai dan sejuk, pepohon menghijau dan masih terjaga.

Pada pukul 4.00 petang kami bertolak ke Zoo Taiping dan berada di sana sehingga jam 6.30 petang. Rombongan bas 1 teruskan perjalanan ke Pesta Penang manakala bas ke 2 membeli belah di Carrefour, Penang.

Rombongan bas 2 selamat tiba di Perlis jam 12.30 malam manakala bas 1 pada jam 3.15 pagi. Terima kasih kepada semua pihak yang bertukus lumus yang menjayakan aktiviti ini.

Berikut adalah beberapa gambar yang berjaya dirakamkan.


Gambar semasa berkelah dan mandi manda di Burmese Pool

berjalan kaki lebih kurang 100 meter untuk sampai ke Air Terjun Burmese Pool
Bang Wan ditemani secreatary turut berjalan
Pemandangan air terjun yang memukau di tingkat atas

Pemandanagan air terjun di tingkat bawah sesuai untuk kanak-kanak

ahli  rombongan PD Paya Kelubi. diorang mandi sekejap sahaja sebab air terlalu sejuk

Gelungsur semulajadi..kalu nak try best tapi sakit badan sebab terkena batu-batu 

Bergolek sakan di air terjun

Posing maut ala-ala cerita hindustan

Bang wan pun nak cuba gelungsur semulajadi tapi takut-takut..

Akhirnya berjaya naik gelungsur..Wan bagitau seluar dia nak tercabut masa ni sebab air kuat

akhirnya berjaya naik gelungsur

Lawatan ke Zoo Taiping

Bergambar kenangan ramai-ramai di Zoo Taiping

keadaan sesak semasa menunggu keretapi untuk melawat di dalam zoo

setelah berjaya menaiki keretapi, hatipun gembira

Lawatan ke dalam zoo menaiki keretapi

bergambar kenangan di kandang gajah

Keluarga Rosmiza bersama kakak dan anak-anak buah

Keluarga Kak Ti..Sal pun tumpang sekaki

4 sekawan

gambar ketika bagi gajah makan nangka

Pekerja zoo baling nangka sekuat hati di dalam kandang gajah

anak gajah bernama 'Meon'..pandai kopek nangka dengan kaki..

Timbalan kapten bas 1 iaitu Ucop sentiasa gembira sepanjang lawatan.
gigi pun berseri-seri, apakah rahsianya?

hairan bin ajaib..burung tidak melarikan diri walaupun tidak ada sangkar

Tragedi bas rosak

Keadaan bas di mana kerusi masih baru dan berbalut 

Berehat di luar bas sementara drebar bas membaiki enjin bas

Pengarah rombongan masih mampu tersengih walaupun kepala otak dah berserabut memikir bagaimana nak mengatasi masalah bas rosak. Nasib baik tak kena pelangkung dengan penumpang bas..

Like daughter like mother. Sempat berposing di tepi bas

Kapten bas 1 sedang melaporkan kerosakan bas pada bini

Anak kakitangan staf bergambar macho bersama anak-anak dara

Di sinilah kejadian bas rosak berlaku

Cuba teka yang mana satu maktam?

Budak-budak pun kalut nak repair enjin bas..macamlah diorang tahu nak perbaiki..huhuhu..











No comments: