Karnival Buku Perlis 2015 kembali lagi. Jom pakat-pakat sertai aktiviti dan memeriahkan!


Karnival Buku Perlis 2015
Tarikh : 24 Mac 2015 - April 2015
Masa : 9.00 pagi - 10.30 malam
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis & Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Kerjasama : Jabatan Pelajaran Negeri Perlis & Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis
Maklumat lanjut : Sila klik! Karnival Buku Perlis 2015

Para pengunjung dijemput hadir. Pelbagai buku pada harga murah dan berpatutan disediakan. Tidak lupa juga aktiviti-aktiviti sepanjang karnival berlangsung. Anda dijemput hadir memeriahkan!

Pelbagai aktiviit menarik diadakan sepanjang karnival antaranya:















Pertandingan Boling BAKERP 2015

Pertandingan Boling BAKERP 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 15 Feb 2015 (Ahad) di Perlis Bowl, Kompleks Kayangan Square, Kangar Perlis. Aktiviti ini berlangsung pada jam 9.30 pagi - 1.00 tengah hari. Aktiviti ini merupakan program tahunan Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bertujuan untuk mengisi masa lapang dan mengamalkan kehidupan sihat melalui bersukan. Seramai 48 kakitangan mengambil bahagian di dalam acara ini. Acara ini diadakan secara berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta. Keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah akan diadakan pada Hari Keluarga PNMPErlis @ Gua Kelam nanti.














Misi Bantuan Banjir @ PNMPerlis

Syabas dan sekalung tahniah kepada sukarelawan dari Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, PPANPs & kakitangan PPPANPS  kerana sudi membantu mangsa banjir pada 16 Jan-19 Jan 2015 dalam misi bantuan banjir @ Kelantan.


Aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersihkan bangunan bersama penduduk kampung dan pemberian sumbangan berbentuk barangan. Terima kasih kepada pihak yang prihatin memberi sumbangan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Para sukarelawan yang terlibat
Taklimat dan pengagihan kerja

Misi bantuan

Ketua kontijen

Keadaan Perpustakaan Desa Kemubu (selepas banjir)



Lawatan ke tempat terjejas

Keadaan buku yang sudah rosak

Keadaan kampung yang terjejas banjir

Gotong royong di dalam perpustakaan desa

Keadaan rumah roboh selepas banjir

Perkakasan rosak akibat banjir

Keadaan rumah rosak selepas banjir

Keadaan dalam bangunan perpustakaan desa teruk akibat banjir

Sukarelawan bersama rumah yang rosak

Tiada apa yang mampu diselamatkan lagi

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LSUS) ANTARA KAKITANGAN AWAM NEGERI PERLIS


Kelab BAKERP akan sertai Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) antara Kakitangan Awam Negeri Perlis anjuran Jabatan Belia & Sukan Ngeri Perlis. 

Tarikh : 20 & 21 Oktober 2014
Tempat  : Arena Futsal (Futsal Lelaki & Wanita)
              : Dewan Rakan Sukan, MASN (Sepak Takraw)
              : Gelanggan Terbuka, MSN (Bola Jaring)

Objektif diadakan program ini antaranya:
  1. Menggalakkan kakitangan Awam bersukan secara berterusan
  2. Membuktikan bahawa kakitangan juga mampu bersukan
  3. Membudayakan sukan di negeri Perlis
Kategori
  • Futsal (Kategori Terbuka Lelaki & Wanita) - 10 pemain termasuk simpanan dan pengurus
  • Bola Jaring  (Kategori  Wanita) - 10 pemain termasuk simpanan dan pengurus
  • Sepak Takraw (Kategori Terbuka Lelaki ) - 6 pemain termasuk simpanan dan pengurus
Hadiah yang ditawarkan:

  • Futsal Terbuka Lelaki
Johan         - RM800.00
Naib Johan - RM500.00
Ketiga        - RM300.00
Keempat    - RM200.00

  • Futsal TerbukaWanita / Bola Jaring / Sepak Takraw
Johan         - RM500.00
Naib Johan - RM300.00
Ketiga        - RM200.00
Keempat    - RM150.00



LATIHAN TAKRAW