Pertandingan Boling BAKERP 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 15 Feb 2015 (Ahad) di Perlis Bowl, Kompleks Kayangan Square, Kangar Perlis. Aktiviti ini berlangsung pada jam 9.30 pagi - 1.00 tengah hari. Aktiviti ini merupakan program tahunan Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bertujuan untuk mengisi masa lapang dan mengamalkan kehidupan sihat melalui bersukan. Seramai 48 kakitangan mengambil bahagian di dalam acara ini. Acara ini diadakan secara berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta. Keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah akan diadakan pada Hari Keluarga PNMPErlis @ Gua Kelam nanti.
Misi Bantuan Banjir @ PNMPerlis
Syabas dan sekalung tahniah kepada sukarelawan dari Badan
Kebajikan Sukan & Rekreasi, PPANPs & kakitangan PPPANPS kerana sudi membantu mangsa banjir pada 16
Jan-19 Jan 2015 dalam misi bantuan banjir @ Kelantan.
Aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong
membersihkan bangunan bersama penduduk kampung dan pemberian sumbangan berbentuk
barangan. Terima kasih kepada pihak yang prihatin memberi sumbangan. Hanya
Allah yang dapat membalasnya.
![]() |
| Para sukarelawan yang terlibat |
![]() |
| Taklimat dan pengagihan kerja |
![]() |
| Misi bantuan |
![]() |
| Ketua kontijen |
![]() |
| Keadaan Perpustakaan Desa Kemubu (selepas banjir) |
![]() |
| Lawatan ke tempat terjejas |
![]() |
| Keadaan buku yang sudah rosak |
![]() |
| Keadaan kampung yang terjejas banjir |
![]() |
| Gotong royong di dalam perpustakaan desa |
![]() |
| Keadaan rumah roboh selepas banjir |
![]() |
| Perkakasan rosak akibat banjir |
![]() |
| Keadaan rumah rosak selepas banjir |
![]() |
| Keadaan dalam bangunan perpustakaan desa teruk akibat banjir |
![]() |
| Sukarelawan bersama rumah yang rosak |
![]() |
| Tiada apa yang mampu diselamatkan lagi |
LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LSUS) ANTARA KAKITANGAN AWAM NEGERI PERLIS
Tarikh : 20 & 21 Oktober 2014
Tempat : Arena Futsal (Futsal Lelaki & Wanita)
: Dewan Rakan Sukan, MASN (Sepak Takraw)
: Gelanggan Terbuka, MSN (Bola Jaring)
Objektif diadakan program ini antaranya:
- Menggalakkan kakitangan Awam bersukan secara berterusan
- Membuktikan bahawa kakitangan juga mampu bersukan
- Membudayakan sukan di negeri Perlis
Kategori
- Futsal (Kategori Terbuka Lelaki & Wanita) - 10 pemain termasuk simpanan dan pengurus
- Bola Jaring (Kategori Wanita) - 10 pemain termasuk simpanan dan pengurus
- Sepak Takraw (Kategori Terbuka Lelaki ) - 6 pemain termasuk simpanan dan pengurus
Hadiah yang ditawarkan:
- Futsal Terbuka Lelaki
Johan - RM800.00
Naib Johan - RM500.00
Ketiga - RM300.00
Keempat - RM200.00
- Futsal TerbukaWanita / Bola Jaring / Sepak Takraw
Johan - RM500.00
Naib Johan - RM300.00
Pertandingan Pantun Terbuka Perlis (Peringkat Akhir)
Pertandingan Pantun Terbuka Perlis (Peringkat Akhir) dijalankan dengan jayanya pada 30 Sept 2014, 9.00 pg di Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Pesta Pantun ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Perlis dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis. Sebanyak 8 kumpulan mengambil bahagian di peringkat saringan iaitu Geng Batu Kawi (NGO Kampung Batu Kawi dan Ahli BAKERP), Peralis dari Pejabat DYMM Tuanku Raja PErlis, Sanggar Mustika dari UiTM Arau, Anak Seni JPN Perlis dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Seri Kenangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zamrud dari Kolej Jururarawat Masyarakat Negeri Perlis, Kumpulan dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan kumpulan Merak Pujangga dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Sebanyak 4 kumpulan berjaya ke Peringkat Akhir iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi NAsional, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan UiTM Arau. Keputusan johan pertandingan disandang oleh Jabatan Pendidikan Negeri PErlis yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2000.00 beserta sijil. Naib Johan disandang oleh UiTM Arau Perlis manakala tempat ke-3 Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.
![]() |
| Para pelajar yang memberi sokongan |
![]() |
| Para penonton di auditorium |
![]() |
| persiapan pentas sebelum memulakan acara |
![]() |
| Para peserta dari Merak Pujangga (Jab. Perpaduan Negara & Integarsi Nasional VS Peralis dari Pej. DYMM Tuanku Raja Perlis untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 |
![]() |
| para peserta dari Anak seni JPN Perlis dari Jab. Pendidikan Negeri PErlis VS Saggar Mustika dari UiTM Arau untuk penentuan Johan dan Naib Johan |
![]() |
| Bergambar bersama VIP semasa penerimaan hadiah |
![]() |
| Kumpulan Anak Seni JPN Perlis muncul Juara bersama para penyokong |
![]() |
| Kunpulan Geng Batu Kawi yang diwakili oleh Biro Tugas Khas iaitu Mohd Rizuwan Mat Radzi sebagai ketua kumpulan dan peserta Ridzuan Mat (Biro Sukan) menerima sijil penyertaan |
![]() |
| Urus setia Pantun |
![]() |
| sebahagian Urus setia pantun Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis |
Geng Kg. Batu Kawi gegarkan Pesta Pantun Terbuka Perlis
Pada 23 September 2014, telah berlangsung dengan jayanya Program PMS : Pertandingan Pantun Terbuka Perlis 2014. Peringkat saringan telah diadakan pada 23 Sept 2014 dan peringkat akhir pada 30 September 2014. Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis.
Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah diwakili oleh 4 peserta iaitu En. Ridzuan Mat (Biro Sukan), En. Mohd Ridzuwan Mat Radzi (Biro Tugas-Tugas Khas & ketua kumpulan), En. Muslim Saadan & Tengku Nazim Tg. Saminan. Peserta ini telah menamakan kumpulan mereka sebagai Geng Kg. Batu Kawi.
Untuk permulaan pertandingan, Geng Batu Kawi yang diwakili 3 peserta iaitu Ridzuan Mat, Tg. NAzim Tg. Saminan & En. Muslim Saadan bertemu dengan kumpulan peserta dari UiTM. Walaupun Geng Batu Kawi telah kalah mati dengan bermaruah di tangan peserta UiTM tetapi semangat berjuang tetap ada apabila Geng Batu Kawi telah menggegarkan Pesta Pantun di Auditorium dengan gelak tawa dan persembahan sempoi..semoga tahun depan kita ketemu lagi..
Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah diwakili oleh 4 peserta iaitu En. Ridzuan Mat (Biro Sukan), En. Mohd Ridzuwan Mat Radzi (Biro Tugas-Tugas Khas & ketua kumpulan), En. Muslim Saadan & Tengku Nazim Tg. Saminan. Peserta ini telah menamakan kumpulan mereka sebagai Geng Kg. Batu Kawi.
Untuk permulaan pertandingan, Geng Batu Kawi yang diwakili 3 peserta iaitu Ridzuan Mat, Tg. NAzim Tg. Saminan & En. Muslim Saadan bertemu dengan kumpulan peserta dari UiTM. Walaupun Geng Batu Kawi telah kalah mati dengan bermaruah di tangan peserta UiTM tetapi semangat berjuang tetap ada apabila Geng Batu Kawi telah menggegarkan Pesta Pantun di Auditorium dengan gelak tawa dan persembahan sempoi..semoga tahun depan kita ketemu lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)













































