Tadarus Al-Quran

Tadarus Al-Quran anjuran BAKERP merupakan aktiviti tahunan sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti ini dijalankan dengan bacaan ayat-alquran kakitangan perpustakaan bersama dengan alunan ayat al-Quran dari  vcd al-quran yang dipaparkan di slide. Selain itu, terjemahan Al-Quran turut dibacakan bagi memahami ayat Al-Quran tersebut. Program ini memberi kebaikkan kepada kakitangan PANPs kerana kakitangan bukan sahaja dapat membaca Al-Quran dengan betul tetapi dapat mempelajari isinya untuk mengetahui maknanya serta memahami hukum hakamnya. 



Majlis Persaraan Tuan Haji Muhammad

Majlis Persaraan Tuan Haji Muhammad Haji Harun  telah diadakan pada 22 Jun 2014, 8.00 malam di Hotel Putra Palace. Pada majlis tersebut,  Tuan Pengarah diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dan amanat terakhir beliau kepada kakitangan Peroustakaan Awam Negeri Perlis. Selamat bersara Tuan Haji Muhammad











Pertandingan Boling Tertutup BAKERP

BAKERP di bawah Biro Sukan telah menganjurkan Pertandingan Boling Tertutup BAKERP 2014 pada 8 Jun 2014 bertempat di Perlis Bowl. Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pemain iaitu 2 lelaki dan 2 wanita. Pemain terbaik lelaki disandang oleh En. Ridzuan Mat manakala pemain terbaik wanita disandang oleh Pn. Noor Hayati Husin. Kumpulan Cam Terer Jer yang diwakili oleh En. M. Fitri, En. Husaini, Pn. Suzilawati dan Pn. Noor Hayati muncul juara berkumpulan.  Objektif utama diadakan pertandingan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan menerusi semangat kesukanan.














Mesyuarat Agung BAKERP 2014

Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi (BAKERP), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 25 April 2014 (Jumaat), 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Rashid Haron. Tuan Haji Muhammad Haji Harun, selaku Yang Dipertua BAKERP merangkap Pengarah PNM Perlis menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung kali ini.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa BAKERP sesi 2012/2014 yang telah merancang dan menjayakan program sepanjang sesi penggal. Beliau berharap lantikan  Jawatankuasa BAKERP sesi 2014/2016 dapat meneruskan perjuangan tersebut. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli yang tidak pernah jemu memberi kerjasama dalam mejayakan aktiviti BAKERP.


Majlis Makan Malam BAKERP

BAKERP telah menganjurkan Majlis Makan Malam pada 25 April 2014 kepada semua ahli dan kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bertujuan untuk meraikan ahli dan kakitangan yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program dan aktiviti sepanjang tahun. Pada majlis tersebut kakitangan yang lahir pada bulan Januari hingga April turut diraikan dengan acara potong kek beramai-ramai, penyampaian hadiah, karaoke, persembahan orchestra dan sebagainya.