PROMOSI GALAKAN MEMBACA & KEMPEN DAFTAR AHLI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIDs SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012


PNMPerlis melalui Skuad Promosi Perpustakaan  dijemput untuk mengadakan promosi galakan membaca dan kempen daftar ahli sempena Program Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 pada 1-2 Disember 2012 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Perlis, Kuala Perlis. Pelbagai aktiviti diadakan seperti senamrobik, sukaneka, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, gubahan dan masakan. PNMPerlis turut mengadakan aktiviit untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan antaranya:

I) Kempen daftar ahli perpustakaan (percuma)
II)Pameran buku dan rangkaian perpustakaan
III) Putar-putar Ilmu
IV)Kuiz
V) Jejak Maklumat berkenaan Aids
VI) Pendaftaran ahli Britainnica Online
VII) Jualan buku

WACANA KARYAWAN PERLIS SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2012


Program Wacana Karyawan Perlis sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 diadakan pada 5 Nov 2012 merupakana anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis. Tujuan diadakan program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai penulis-penulis yang terkenal serta sumbangan mereka darei segi penulisan ke atas masyarakat. Pembentangan kertas kerja oleh Prof. Rahman Shaari, Dr. Mohd Kipli Abdul Rahman dan Tuan Haji Rejab Ismail. Majlis ini dipengerusikan oleh Encik Saadin Abdullah.

FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK


Festival Kesenian Kanak-Kanak merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis. Ianya dianjurkan pada 3 Nov 2013. PNMPerlis dijemput untuk mengadakan promosi galakan membaca dan kempen daftar ahli perpustakaan. Antara aktiviti yang diadakan oleh PNMPerlis sepanjang festival tersebut:

I) Kempen daftar Ahli Perpustakaan
II) Putar-Putar Ilmu
III) Aktiviti i-Play Toy Library
IV) Teka buku
V) Gali kata dan kuiz
VI) Dam Ular Gergasi
VII) Jejak maklumat
VIII) Permainan congkak

PAMERAN FOTO ODDYSEY : PERLIS TO MACHU PICCHU


Pameran dengan kerjasama Taylor’s College, UniMAP, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh DYTM Raja Muda Perlis pada 15 Oktober lalu di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Pameran ini adalah berkaitan dengan Machu Picchu iaitu sebuah tapak arkeologi yang banyak meninggalkan kesan sejarah dan pada masa yang sama merupakan sebuah tempat pelancongan yang terpencil di Peru. Sebanyak 54 keping gambar dan maklumat di pamerkan di Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis bermula 30 Oktober hingga 30 November 2012. Pameran yang turut mendapat kerjasama Kedutaan Peru ini telah dipamerkan di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP dari 15 hingga 29 Oktober 2012.

 

KURSUS TRAINING FOR TRAINERS “PENGGUNAAN BRITANNICA ONLINE”


Seramai 10 kakitangan PNMPerlis terlibat dalam kursus Training For Trainers “ Penggunaan Britannica Online” pada 24 Okt 2012. Pada majlis tersebut,  para peserta diajar cara untuk mengakses Britannica Online, penggunaan Britannica Online dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam Britannica Online. Di akhir bengkel tersebut, pihak penganjur telah menyerahkan hadiah doorgift kepada pihak PNMPerlis untuk diberikan kepada pengguna perpustakaan yang mendaftar ahli sebagai ahli Britannica Online.