Pertandingan Badminton KPKK


Perpustakaan telah menjadi tuan rumah untuk acara Badminton KPKK. Pertandingan badminton ini telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Disember 2010 di Dewan Badminton Perlis jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Perpustakaan yang pertama kali menyertai sukan KPKK muncul juara pertandingan badminton setelah mengalahkan pencabar dari pasukan Kebudayaan dengan keputusan 2-1 di peringkat pertandingan akhir perlawanan.

 Perpustakaan diwakili oleh En. Masri Sidek (Pengurus/pemain), En. Azham Arif, En. Shukri Bahari, En. Rizuwan Mat Radzi, Puan Noor Hayati Hussin dan Cik Haizatul Afni Bakhtiar.

Berikut adalah keputusan pertandingan :
Johan : Perpustakaan
Naib Johan : Kebudayaan
Tempat ke-3 : RTM
Tempat ke-4 : Penerangan
Tempat ke-5 : Jasa
Tempat ke-6 : Kraftangan, Muzium, Bernama

Peristiwa menarik sepanjang perlawanan :

1. Pasukan duet antara kraftangan, muzium dan Bernama hanya wakilkan 2 orang pemain sahaja untuk acara beregu lelaki manakala beregu wanita dan beregu campuran tiada. Disebabkan semangat yang tinggi, mereka tetap teruskan permainan.

2. Perpustakaan menang semua acara  kecuali kalah pada pasukan kebudayaan dalam acara regu wanita di peringkat akhir. Namun begitu, perpustakaan menang pada kebudayaan 2-1 di dalam acara regu lelaki dan regu campuran

3. Pada penentuan tempat 3/4, penerangan telah menarik diri untuk bertanding dan melayakkan pasukan RTM mendapat tempat ke 3.

4. En. Husainy diberi kepercayaan menjadi pengadil bagi perlawanan akhir antara perpustakaan dan kebudayaan. Ini kerana beliau memiliki ilmu pengetahuan dan sijil dalam pengadilan badminton yang diiktiraf.

5. Setiap kali perlawanan, kebudayaan mempunyai ramai penyokong tanpa mengira usia daripada kecil berumur 2 tahun sehinggalah ke tua.

6. Setiap kali perlawanan, Pengarah Kebudayaan begitu 'sporting' turun padang memberi semangat kepada para pemain. Beliau bukan sahaja datang dengan melenggang, malah turut membawa bekalan makanan dan minuman untuk para pemain dan penyokongnya.

7. Setiap kali perlawanan regu campuran, En. Azham Arif akan memilih Pn. Noor Hayati untuk menjadi pasangannya. Ini kerana Pn. Noor Hayati mempunyai ketinggian lebih rendah berbanding pemain wanita yang lain.

Gambar-gambar menarik sepanjang perlawanan :


Pasangan regu wanita PANPerlis

Pasangan regu lelaki PANPerlis menentang Penerangan


Pengadil badminton

Cik Wani daripada pasukan RTM

Pasukan regu lelaki daripada Jasa dan RTM

Regu campuran JASA dan Kebudayaan

Para pemain dan penyokong RTM

Minuman yang disediakan oleh PANPerlis

Regu wanita daripada kebudayaan dan RTM

Gambar penuh suasana pertandingan

regu campuran daripada kebudayaan dan Penerangan

regu lelaki daripada kebudayaan

perlawanan akhir regu wanita antara PANPerlis dan kebudayaan

Pertandingan akhir regu Wanita antara PANPerlis dan kebudayaan

Penyokong kebudayaan

Pasukan PANPerlis (johan) dan pasukan kebudayaan (Naib Johan)

Urusetia yang bertukus lumus menjayakan majlis

aksi lompatan katak puru daripada Bang Wan dan Eton

Pasukan Badminton PANPerlis

1..2..dan..

..3..Lompat!

Pertandingan Futsal KPKK


Pertandingan Futsal KPKK telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Disember 2010 di Arena Futsal, Jab. Belia dan Sukan, Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis. Sebanyak 6 pasukan mengambil bahagian dan keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Johan : Penerangan
Naib Johan : Kragtangan, Muzium & Bernama
Tempat ke-3 : Kebudayaan
Tempat ke 4 : Perpustakaan
Tempat ke 5 : RTM
Tempat ke 6 : JASA

Perpustakaan diwakili oleh En. Ridzuan Mat (Pemain/pengurus), Hairian, Zairee, Meon, Fitri, Shukri, Usop, Faizol, Masri, Norzaidi, dan Zulkifle. Di dalam acara tersebut, perpustakaan mendapat 2 kemenangan, 2 kalah dan 1 seri dan hanya mendapat tempat ke 4.

LAPORAN ACARA TENPIN BOWLING BERPASUKAN


Acara Tenpin Bowling Berpasukan, sukan Kementerian Penerangan, (komunikasi & Kebudayaan (JKPKK) Peringkat Negeri Perlis 2010 telah diadakan dengan jayanya pada 9 Disember 2010 jam 9.00 malam di Perlis Bowl. Sebanyak 6 Pasukan telah bertanding iaitu Jasa, RTM, Jabatan Penerangan, Kraftangan (Kraf, Bernama, Muzium),Kebudayaan dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Setiap pasukan membawa kumpulan penyokong masing-masing menjadikan Perlis Bowl menjadi gamat dengan sorakan para penyokong.

Perpustakaan Awam Negeri Perlis diwakili oleh 4 peserta iaitu Cik Amisuriani, En. Mohd. Rizuwan Mat Radzi, En. Yusuff Darus dan En. Mohd Hairian. Salim. Perpustakaan telah mendapat tempat ke-4 di dalam acara ini. Tahniah  ke atas para pemain.

Berikut adalah keputusan rasmi acara Tenpin Bowling berpasukan :

1. Jasa Power Bowl (JASA) - 1626
2. RTM POWER (RTM) - 1616
3. Jabatan Penerangan (Penerangan) - 1501
4. Perpustakaan Awam Negeri Perlis - 1429
5. Kraftangan (Kraf/Bernama/Muzium) - 1340
6. Estetika (Kebudayaan) - 1255

Latihan dan sesi pemilihan pemain badminton sempena Sukan KPKK


Satu sesi latihan dan pemilihan pemain bagi mewakili perpustakaan dalam acara permainan badminton telah dijalankan pada 5 Disember 2010 (Ahad) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Badminton Perlis. Seramai 7 orang kakitangan PANPerlis hadir semasa sesi tersebut iaitu En. Azham Ariff (jurulatih / pemain), En. Ridzuan Mat (Timbalan Biro Sukan), En. Yusoff Darus, En. Husaini, Pn. Zairina Hashim dan pasangan regu wanita dan perseorangan wanita iaitu Pn. Noor Hayati Hussin dan Cik Haizatul Afni Bakhtiar.

Pada sesi latihan tersebut, En. Ridzuan Mat telah berbesar hati menyediakan makanan bihun dan  air mineral kepada  peserta sesi latihan tersebut. Latihan berakhir pada pukul 2.00 petang.