Sempena sambutan Tahun Baharu Muharam 1437 Hijrah bersamaan 22hb. Oktober 2015 BAKERP telah mengadakan program mengacau Bubur Assyura di Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan objektif; meraikan sambutan tahun baharu 1437 Hijrah dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan dengan kos penyediaan bahan-bahan keperluan sebanyak RM 530.00 seterusnya diagihkan kepada ahli-ahli.
Program Liga Sukan Untuk Semua (LSUS)
Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) kepada penjawat awam diadakan sempena Hari Sukan Negara anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis pada 10 Oktober 2015. Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan berlangsung melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat. Kakitangan perpustakaan akan mengambil bahagian di dalam acara futsal, bola tampar, bola jaring.
Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM 2015) @ Kuching Sarawak
Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) diadakan setiap 2 tahun sekali sejak 1984 untuk semua Perpustakaan Awam Negeri di Malaysia.
Pada tahun 2015, Pustaka Negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini bermula 7 – 10 Ogos 2015. Kali terakhir Pustaka Negeri Sarawak menjadi tuan rumah SPASM ialah pada tahun 2003. Sebanyak 17 kontinjen mengambil bahagian. Perpustakaan Awam Negeri Perlis melalui BAKERP telah menghantar seramai 24 orang wakil bagi menyertai sukan tersebut. Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengambil bahagian dalam acara futsal, badminton, pingpong, boling dan indoor games.
Pada tahun 2015, Pustaka Negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini bermula 7 – 10 Ogos 2015. Kali terakhir Pustaka Negeri Sarawak menjadi tuan rumah SPASM ialah pada tahun 2003. Sebanyak 17 kontinjen mengambil bahagian. Perpustakaan Awam Negeri Perlis melalui BAKERP telah menghantar seramai 24 orang wakil bagi menyertai sukan tersebut. Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengambil bahagian dalam acara futsal, badminton, pingpong, boling dan indoor games.
Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis melalui Biro Kebudayaan telah menghantar 1 kumpulan Pemantun yang diwakili oleh Pn. Haizatul Afni Bakhtiar, Pn. Hasniza Ibrahim, Pn. Noorhayati Husin dan Pn. Noraishah Othman menyertai Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis pada 18 Sep 2015 anjuran Jabatan Kebudayaan Negara Negeri Perlis. Kumpulan ini diberi nama sebagai Khutub Khanah. Sebanyak 7 kumpulan mengambil bahagian iaitu JPJ, Rumah Seri Kenangan, Uitm, Kolej Jururawat, IPG dan NGO. Perpustakaan telah melakar kejayaan dengan muncul Johan pertandingan dan Pn. Haizatul Afni Bakhtiar dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik.
Pertandingan Treasure Hunt
BAKERP telah menghantar 4 orang peserta bagi menyertai pertandingan Treasure Hunt yang dianjurkan oleh UNIMAP pada 14 Sep 2015. Sebanyak 43 pasukan menyertai pertandingan tersebut. Para peserta diberikan masa sebanyak lima jam 30 minit untuk menyelesaikan 50 soalan dan perlu mendapatkan klu di sekitar negeri Perlis. Sepanjang pertandingan, para peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa cabaran seperti “What You See Is What You Get”, Soalan Bertema, Pencarian Harta, serta cabaran-cabaran fizikal di checkpoint utama termasuk permainan lapangan Woodball di Pusat Sukan UNIMAP dan aktiviti bertemakan kemerdekaan di Kampus UniCITI Alam, Sg Chuchuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























