Koir Kemerdekaan “Sehati Sejiwa”

Seramai 10 orang kakitangan terlibat persembahan koir sempena hari kemerdekaan yang ke 58 peringkat negeri Perlis pada 31 Ogos 2015. Persembahan koir bertemakan “Sehati Sejiwa”. Program ini anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Kumpulan koir ini menciptakan rekod peserta yang paling ramai iaitu seramai 500 orang di negeri Perlis.


Pinjaman Wang Ahli BAKERP

BAKERP melalui Biro Kebajikan telah melaksanakan Pinjaman Wang Ahli BAKERP berjumlah RM500.00 (maksimum) berkuatkuasa bulan Ogos 2015. Pinjaman ini bertujuan untuk   meringankan beban masalah ahli BAKERP yang mempunyai sebab-sebab kecemasan sahaja.    Pinjaman ini tidak bertujuan untuk menyelesaikan masalah ahli tetapi meringankan masalah sahaja. Pinjaman yang diberikan bukanlah seperti pinjaman bank, pinjaman koperasi dan sebagainya tetapi pinjaman duit ahli-ahli BAKERP melalui akaun wang BAKERP kepada ahli-ahli yang memerlukan      berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan (Rujuk syarat-syarat). 


Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih

Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih diadakan pada 10 Julai 2015 buat julung-julung kalinya. Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa, sembahyang maghrib, bacaan yassin, solat isyak, solat terawih dan morei.

En. Rashid Haron diberi tanggungjawab sebagaii imam solat dan bacaan yassin sepanjang program tersebut. Solat diadakan bahagian rujukan tingkat atas manakala majlis berbuka puasa di pekarangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Majlis bersurai pada jam 10 malam.


Ceraman Agama : “Indahnya Syawal, Sayunya Ramadan”

Ceramah agama bertajuk  “Indahnya Syawal, sayunya Ramadan” telah di disampaikan pleh YBhg. Dr.Huzili Haji Hussin, Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi UniMAP, Perlis pada 8 Julai 2015. Beliau telah mengupas tajuk ini dengan berkesan menyuntik elemen humor dalam memberi pemahaman kepada peserta ceramah. Secara keseluruhannya ceramah ini memberi penerangan tentang kelebihan dan barakah bulan Ramadan serta Syawal, amalan – amalan yang boleh dilakukan dalam bulan Ramadan dan pelbagai lagi. Disamping itu jua, beliau turut menyelitkan nasihat – nasihat yang berguna kepada peserta ceramah.


Kutipan Kebajikan Kakitangan

Kutipan wang derma kebajikan BAKERP semasa bulan Ramadhan bertarikh 8 Julai 2015 berjumlah sebanyak RM390.00 berjaya dikumpulkan dan telah diagihkan melalui pembelian barang keperluan kepada ahli-ahli BAKERP yang terpilih.
 Selain itu, terdapat beberapa siri kutipan kebajikan kakitangan diadakan bagi membantu kakitangan yang dilanda musibah.