Majlis Makan Malam Bakerp diadakan dengan jayanya pada 17 April 2015, 8.00 malam bertempat di Pekarangan Perpustakaan Awam Neegri Perlis. Sebanyak 80 orang kakitangan yang merupakan ahli BAKERP hadir memeriahkan. Tujuan diadakan majlis makan malam adalah untuk meraikan semua kakitangan yang bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti perpustakaan terutamanya Karnival Buku Perlis. Tanpa sokongan dan kerjasama kakitangan, program yang dijalankan tidak akan berjaya. Sepanjang majlis tersebut turut diadakan bacaan doa kesyukuran, ucapan Yang Dipertua BAKERP, penyerahan tugas Yang Dipertua BAKERP kepada pemangku Yang Dipertua, cabutan bertuah, karaoke, majlis makan-makan dan sebagainya.
Hari Keluarga 2014 @ Gua Kelam Perlis
Alhamdulillah,
Hari Keluarga 2014 Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis berjalan dengan lancar. Hari Keluarga ini diadakan pada 1 Mac 2015 (Ahad) di Gua Kelam Perlis. Seramai 200 orang kakitangan serta keluarga hadir memeriahkan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat yang memeriahkan. Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang membuat kerja bertungkus lumus menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada ahli-ahli yang hadir memeriahkan. Sekiranya tiada toleransi dan kerjasama antara dua pihak iaitu ajk dan ahli semuanya tidak akan berhasil. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut seperti mewarna untuk anak-anak kakitangan, sukaneka, beriadah, cabutan bertuah, sambutan hari lahir, majlis penyampaian pertandingan boling dan sebagainya.

Lawatan Benchmark Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor
Seramai 40 orang kakitangan sertai lawatan ini pada 25 dan 26 April 2015. Peserta diberikan taklimat oleh pegawai bertugas iaitu En Norazhan Sahlan tentang Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Peserta kemudian dibawa melawat ke bahagian dalam perpustakaan antaranya ialah Book Wall dan Koleksi Selangor.
Objektif lawatan adalah meninjau dan meneroka suasana pesta buku yang berskala besar, mendapatkan gambaran tentang konsep, aktiviti dan perlaksanaan pesta buku untuk diaplikasikan di perpustakaan negeri dan sesi pemilihan buku.
Faedah lawatan kepada kakitangan adalah perkongsian maklumat di Perpustakaan Awam Selangor seperti Perancangan perpustakaan, Kemudahan, Aktiviti dan Perkhidmatan, Prosedur perpustakaan, Teknologi dan gajet
Subscribe to:
Posts (Atom)