Majlis bacaan Yassin

Bakerp telah menganjurkan majlis bacaan Yassin beramai-ramai pada 23 Julai 2014 yang dihadiri oleh kakitangan PNMPerlis bersempena bagi memperingati pemergian anak kapal dan penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Selain itu, bacaan doa bagi memohon keamanan dan kesejahteraan Negara serta saudara semuslim yang terkorban akibat peperangan di Palestin. Bacaan Yassin ini dipimpin oleh En. Rashid Harun, pembantu Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis.






CERAMAH MOTIVASI “PENGARUH MEDIA SOSIAL DAN KESANNYA”

BAKERP telah menganjurkan ceramah motivasi bertajuk “Pengaruh Media Sosial dan Kesannya” yang disampaikan oleh YBhg Dr. Hj. Huzili Hussin, penceramah dari Universiti Malaysia Perlis pada 11 Julai 2014. Menerusi ceramah tersebut, kakitangan perpustakaan diberi pendedahan tentang pengaruh negatif media sosial menerusi facebook yang kadangkala tidak sahih dan tidak tahu sumbernya yang  boleh mengakibattkan Negara menjadi huru hara dan tidak aman. Selain itu, penceramah turut menyelitkan mengenai amalan-amalan yang perlu dilakukan pada bulan Ramadhan.





Tadarus Al-Quran

Tadarus Al-Quran anjuran BAKERP merupakan aktiviti tahunan sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti ini dijalankan dengan bacaan ayat-alquran kakitangan perpustakaan bersama dengan alunan ayat al-Quran dari  vcd al-quran yang dipaparkan di slide. Selain itu, terjemahan Al-Quran turut dibacakan bagi memahami ayat Al-Quran tersebut. Program ini memberi kebaikkan kepada kakitangan PANPs kerana kakitangan bukan sahaja dapat membaca Al-Quran dengan betul tetapi dapat mempelajari isinya untuk mengetahui maknanya serta memahami hukum hakamnya. 



Majlis Persaraan Tuan Haji Muhammad

Majlis Persaraan Tuan Haji Muhammad Haji Harun  telah diadakan pada 22 Jun 2014, 8.00 malam di Hotel Putra Palace. Pada majlis tersebut,  Tuan Pengarah diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dan amanat terakhir beliau kepada kakitangan Peroustakaan Awam Negeri Perlis. Selamat bersara Tuan Haji Muhammad











Pertandingan Boling Tertutup BAKERP

BAKERP di bawah Biro Sukan telah menganjurkan Pertandingan Boling Tertutup BAKERP 2014 pada 8 Jun 2014 bertempat di Perlis Bowl. Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pemain iaitu 2 lelaki dan 2 wanita. Pemain terbaik lelaki disandang oleh En. Ridzuan Mat manakala pemain terbaik wanita disandang oleh Pn. Noor Hayati Husin. Kumpulan Cam Terer Jer yang diwakili oleh En. M. Fitri, En. Husaini, Pn. Suzilawati dan Pn. Noor Hayati muncul juara berkumpulan.  Objektif utama diadakan pertandingan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan menerusi semangat kesukanan.