Seramai lebih kurang 20 orang kakitangan (ahli BAKERP) terlibat dalam Kelas Tarian yang diadakan pada 14-29 Dis 2015 selama 10 hari. Melalui program ini, para peserta didedahkan tarian Zapin, Inang dan Joget. Ianya dikendalikan oleh Encik Mohamad Salleh dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Perlis.
Perlawanan Bola Sepak dan Futsal Persahabatan setiap minggu
Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Biro Sukan telah menyertai pelbagai Perlawanan Bola Sepak dan Futsal Persahabatan (setiap minggu). Jabatan-jabatan yang terlibat perlawanan persahabatan sepanjang tahun 2015 seperti Matrikulasi, Politeknik, AADK, Pertanian dan IPGM.
Kakitangan lelaki yang ingin sertai adalah dialu-alukan.Kayuhan Maips Peduli bersama DYTMTuanku Raja Muda Perlis
Mewakili Perpustakaan Awam Negeri Perlis bersama 3 kakitangan yang lain menyertai Kayuhan Maips Peduli bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis pada 22 November 2015. Kayuhan basikal bermula dari pekarangan Masjid Putra ke beberapa lokasi pilihan dan berakhir di Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Turut diadakan Kempen Kutip Buku Agama untuk Perpustakaan Pekan Arau, Perlis.
Sukaneka Bersama Keluarga sempena Program Syoknya ke Perpustakaan
Biro Tugas-tugas turut terlibat dalam membantu pelaksanaan aktiviti sukaneka Bersama Keluarga Program Syoknya ke Perpustakaan anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 19 Disember 2015. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk pengguna perpustakaan dan kakitangan perpustakaan seperti Pertandingan Tumbuk Garam Belacan (kakitangan lelaki) dan pertandingan Masakan Nasi Lemak + Lauk (Kakitangan Wanita). Lain-lain aktiviti seperti kerusi muzik, boling nyok, musang berjanggut, timbang bola, tiup belon, tuju kasut, lambung kasih, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan lain-lain.
Lawatan Kontektual @ Langkawi sempena Kursus Professionalisma kakitangan perpustakaan Awam Negeri Perlis.
BAKERP melalui Biro Pendidikan & Lawatan terlibat dalam menguruskan aktiviti lawatan Kontektual @ Langkawi pada 8 November 2015 sempena Kursus Professionalisma kakitangan perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 6-8 November 2015. Melalui lawatan ini, ahli BAKERP dibawa menaiki bot menyusuri sungai bagi melawat beberapa tempat menarik di Langkawi seperti Gua Kelawar, formasi gua, sangkar ikan, melihat burung helang dan habitat monyet, Kilim Geoforest Park dan laut Andaman.
Majlis Makan Malam Kursus Profesionalisma @ Langkawi
Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah menjalankan Kursus Profesionalisma kepada kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Hotel Langkasuka Langkawi Kedah pada 6-8 November 2015. Biro-tugas-tugas Khas diberi mandat sebagai urus setia aktiviti & majlis makan malam sepanjang kursus berlangsung.
Program Mengacau Bubur Assyura
Sempena sambutan Tahun Baharu Muharam 1437 Hijrah bersamaan 22hb. Oktober 2015 BAKERP telah mengadakan program mengacau Bubur Assyura di Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan objektif; meraikan sambutan tahun baharu 1437 Hijrah dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan dengan kos penyediaan bahan-bahan keperluan sebanyak RM 530.00 seterusnya diagihkan kepada ahli-ahli.
Program Liga Sukan Untuk Semua (LSUS)
Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) kepada penjawat awam diadakan sempena Hari Sukan Negara anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis pada 10 Oktober 2015. Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan berlangsung melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat. Kakitangan perpustakaan akan mengambil bahagian di dalam acara futsal, bola tampar, bola jaring.
Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM 2015) @ Kuching Sarawak
Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) diadakan setiap 2 tahun sekali sejak 1984 untuk semua Perpustakaan Awam Negeri di Malaysia.
Pada tahun 2015, Pustaka Negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini bermula 7 – 10 Ogos 2015. Kali terakhir Pustaka Negeri Sarawak menjadi tuan rumah SPASM ialah pada tahun 2003. Sebanyak 17 kontinjen mengambil bahagian. Perpustakaan Awam Negeri Perlis melalui BAKERP telah menghantar seramai 24 orang wakil bagi menyertai sukan tersebut. Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengambil bahagian dalam acara futsal, badminton, pingpong, boling dan indoor games.
Pada tahun 2015, Pustaka Negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini bermula 7 – 10 Ogos 2015. Kali terakhir Pustaka Negeri Sarawak menjadi tuan rumah SPASM ialah pada tahun 2003. Sebanyak 17 kontinjen mengambil bahagian. Perpustakaan Awam Negeri Perlis melalui BAKERP telah menghantar seramai 24 orang wakil bagi menyertai sukan tersebut. Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengambil bahagian dalam acara futsal, badminton, pingpong, boling dan indoor games.
Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis melalui Biro Kebudayaan telah menghantar 1 kumpulan Pemantun yang diwakili oleh Pn. Haizatul Afni Bakhtiar, Pn. Hasniza Ibrahim, Pn. Noorhayati Husin dan Pn. Noraishah Othman menyertai Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis pada 18 Sep 2015 anjuran Jabatan Kebudayaan Negara Negeri Perlis. Kumpulan ini diberi nama sebagai Khutub Khanah. Sebanyak 7 kumpulan mengambil bahagian iaitu JPJ, Rumah Seri Kenangan, Uitm, Kolej Jururawat, IPG dan NGO. Perpustakaan telah melakar kejayaan dengan muncul Johan pertandingan dan Pn. Haizatul Afni Bakhtiar dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik.
Pertandingan Treasure Hunt
BAKERP telah menghantar 4 orang peserta bagi menyertai pertandingan Treasure Hunt yang dianjurkan oleh UNIMAP pada 14 Sep 2015. Sebanyak 43 pasukan menyertai pertandingan tersebut. Para peserta diberikan masa sebanyak lima jam 30 minit untuk menyelesaikan 50 soalan dan perlu mendapatkan klu di sekitar negeri Perlis. Sepanjang pertandingan, para peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa cabaran seperti “What You See Is What You Get”, Soalan Bertema, Pencarian Harta, serta cabaran-cabaran fizikal di checkpoint utama termasuk permainan lapangan Woodball di Pusat Sukan UNIMAP dan aktiviti bertemakan kemerdekaan di Kampus UniCITI Alam, Sg Chuchuh.
Koir Kemerdekaan “Sehati Sejiwa”
Seramai 10 orang kakitangan terlibat persembahan koir sempena hari kemerdekaan yang ke 58 peringkat negeri Perlis pada 31 Ogos 2015. Persembahan koir bertemakan “Sehati Sejiwa”. Program ini anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Kumpulan koir ini menciptakan rekod peserta yang paling ramai iaitu seramai 500 orang di negeri Perlis.
Pinjaman Wang Ahli BAKERP
BAKERP melalui Biro Kebajikan telah melaksanakan Pinjaman Wang Ahli BAKERP berjumlah RM500.00 (maksimum) berkuatkuasa bulan Ogos 2015. Pinjaman ini bertujuan untuk meringankan beban masalah ahli BAKERP yang mempunyai sebab-sebab kecemasan sahaja. Pinjaman ini tidak bertujuan untuk menyelesaikan masalah ahli tetapi meringankan masalah sahaja. Pinjaman yang diberikan bukanlah seperti pinjaman bank, pinjaman koperasi dan sebagainya tetapi pinjaman duit ahli-ahli BAKERP melalui akaun wang BAKERP kepada ahli-ahli yang memerlukan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan (Rujuk syarat-syarat).
Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih
Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih diadakan pada 10 Julai 2015 buat julung-julung kalinya. Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa, sembahyang maghrib, bacaan yassin, solat isyak, solat terawih dan morei.
En. Rashid Haron diberi tanggungjawab sebagaii imam solat dan bacaan yassin sepanjang program tersebut. Solat diadakan bahagian rujukan tingkat atas manakala majlis berbuka puasa di pekarangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Majlis bersurai pada jam 10 malam.
Ceraman Agama : “Indahnya Syawal, Sayunya Ramadan”
Ceramah agama bertajuk “Indahnya Syawal, sayunya Ramadan” telah di disampaikan pleh YBhg. Dr.Huzili Haji Hussin, Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi UniMAP, Perlis pada 8 Julai 2015. Beliau telah mengupas tajuk ini dengan berkesan menyuntik elemen humor dalam memberi pemahaman kepada peserta ceramah. Secara keseluruhannya ceramah ini memberi penerangan tentang kelebihan dan barakah bulan Ramadan serta Syawal, amalan – amalan yang boleh dilakukan dalam bulan Ramadan dan pelbagai lagi. Disamping itu jua, beliau turut menyelitkan nasihat – nasihat yang berguna kepada peserta ceramah.
Kutipan Kebajikan Kakitangan
Kutipan wang derma kebajikan BAKERP semasa bulan Ramadhan bertarikh 8 Julai 2015 berjumlah sebanyak RM390.00 berjaya dikumpulkan dan telah diagihkan melalui pembelian barang keperluan kepada ahli-ahli BAKERP yang terpilih.
Selain itu, terdapat beberapa siri kutipan kebajikan kakitangan diadakan bagi membantu kakitangan yang dilanda musibah.
Mesyuarat Agung BAKERP kali ke 13
Mesyuarat Agung BAKERP kali ke 13 dijalankan pada 26 Mei 2015. Setiap ahli yang hadir mendapat hadiah berupa bekas makanan & minuman serta baju T shirt berkolar yang diberikan pada Majlis makan Malam.
Ceramah Agama “Keseimbangan Antara Kerjaya dan Ibadah
Ceramah agama bertajuk “Keseimbangan antara kerjaya dan rumah tangga” telah di disampaikan pleh YBhg. Ustaz Hashim Othman Al- hafiz dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis pada 26 Mei 2015. Beliau telah mengupas tajuk ini dengan berkesan menyuntik elemen humor dalam memberi pemahaman kepada peserta ceramah. Secara keseluruhannya ceramah ini memberi penerangan tentang mengimbangi kerjaya dan rumah tangga dan disulami dengan elemen islamik bagi menambah barakah dalam kedua- duanya.
Konvoi Amal Nur Kasih MadrasahTahfiz Taufiqillah
Konvoi Amal Nur Kasih Madrasah Tahfiz Taufiqillah pada 16 Mei 2015 diadakan bertujuan mengadakan kerja amal dan mengutip derma untuk mengisi tabung madrasah yang dihuni oleh pelajar fakir miskin dan anak yatim. Seramai 36 orang anak yatim diraikan menerusi program ini. Program ini diadakan di UUM Sintok. Perpustakaan Awam Negeri Perlis menerusi Biro Tugas-tugas Khas menyumbang goodies bag dan wang ihsan dari BAKERP.
Majlis Makan Malam BAKERP
Majlis Makan Malam Bakerp diadakan dengan jayanya pada 17 April 2015, 8.00 malam bertempat di Pekarangan Perpustakaan Awam Neegri Perlis. Sebanyak 80 orang kakitangan yang merupakan ahli BAKERP hadir memeriahkan. Tujuan diadakan majlis makan malam adalah untuk meraikan semua kakitangan yang bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti perpustakaan terutamanya Karnival Buku Perlis. Tanpa sokongan dan kerjasama kakitangan, program yang dijalankan tidak akan berjaya. Sepanjang majlis tersebut turut diadakan bacaan doa kesyukuran, ucapan Yang Dipertua BAKERP, penyerahan tugas Yang Dipertua BAKERP kepada pemangku Yang Dipertua, cabutan bertuah, karaoke, majlis makan-makan dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)