Sempena Kemerdekaan ke 55, PNMPerlis turut terlibat dalam perarakan Hari Kemerdekaan. Seramai 55 kakitangan PNMPerlis terlibat perarakan kontinjen tersebut. Kontinjen PNMPerlis turut memperkenalkan ikon Membaca Kebangsaan, Tun Dr. Mahathir , perarakan bas e-pustaka, serta pemberian buku secara percuma kepada orang ramai di sepanjang jalan. Setiap kontinjen dikehendaki berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk berarak sejauh 1 kilometer. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Perempuan Muda Perlis sudi mencemar duli menghadiri perarakan tersebut.
PENGKISAHAN SEJARAH 2012; “PAHLAWANKU : NUBARI YANG TERLUKA”
Program ini diadakan pada 28 Ogos 2013 sempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 merupakan ajnuran kerjasama PNM Perlis dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis. Program ini dirasmikan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri.Perlis. Panel khas yang terdiri daripada bekas-bekas anggota tentera dijemput untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka berjuang pada zaman insurgensi dahulu. Panel Lt. Kol (B) Basri Haji Omar (PGB) menceritakan pengalaman belaiu sebagai salah seorang tentera di Unit Pemosnah Bom, Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman (TUDM) menceritakan suka-duka sebagai seorang juruterbang pesawat Nuri. Mejar (B) Ishak Mohd Isa menceritakan tentang operasi yang dilaluinya terutama Ops Gubir. Turut menjayakan program adalah En. Lokman Mahmud, Pengarah Jab. Penerangan Negeri Perlis yang bertindak sebagai moderator program.
Di akhir program, para peserta diberi peringatan sebagai seorang anak merdeka kita haruslah menghargai nikmat sebuah kebebasan yang kita miliki hari ini thasil itik peluh dan tumpah darah pejuang terdahulu
Kursus Induksi
Seramai 13 orang kakitangan PNM Perlis telah mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (SSM) Modul Khusus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan Bil. 1/2012 yang telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia pada 17 hingga 20 Julai 2012.
Kursus ini wajid diikuti untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan selain dari peperiksaan bagi setiap penjawat awam. Pengesahan dalam perkhidmatan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun.
CERAMAH AGAMA “KEBERKATAN RAMADHAN AL-MUBARAK”
Ceramah agama ini diadakan pada 3 Ogos 2012 disampaikan oleh Ustaz Zawaria Ahmad daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis. Ceramah yang disampaikan adalah berkisar mengenai Kemuliaan dan keberkatan di bulan Ramadhan dan bagaimanakah untuk mengerjakan ibadah puasa dengan lebih afdal. Ceramah ini merupakan anjuran Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Subscribe to:
Posts (Atom)