Program Hijrah Minda


Program Hijrah Minda yang bertema Membaca Jabatan Ilmu telah diadakan dengan jayanya pada 20 Julai 2012 bertempat di Masjid Tuanku Syed Putra. Program ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Perlis dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan di negeri Perlis, Perpustakaan Awam Negeri Perlis bersama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini pada bulan Julai 2012. Selain itu, PNM Perlis turut menubuhkan sudut bacaan di dalam masjid yang dilengkapi dengan buku rujukan, peralatan dan sebagainya.

Objektif program ini adalah:
  1. Menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat
  2. Memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan ilmu dan pembacaan
  3. Meningkatkan kesedaran ibu bapa untuk mendorong amalan membaca di dalam keluarga
  4. Menggalakkan penggunaan masjid sebagai tempat untuk masyarakat beriadah selain dari tempat beribadat.
Antara pengisian aktiviti sempena Program Hijrah Minda adalah Khutbah Jumaat berkaitan ilmu, pameran e-Pustaka, kempen daftar ahli dan ceramah membaca jabatan ilmu kepada pelajar. Pelancaran Sudut Ilmu Masjid Putra akan dijalankan pada 7 Ogos 2012 yang akan dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis.

Majlis Persaraan Pn. Roslima

Majlis Persaraan Pn. Roslima diadakan pada 13 Julai 2012, 3.00 petang bertempat di Hotel Putra Palace. Majlis tersebut dihadiri oleh semua kakitangan PNMPerlis seramai 95 orang. Pengacara majlis pada hari tersebut adalah En. Muslim Saadan dan pembaca doa disampaikan oleh En. Saiful Akhbar, Petugas PD Bongor Kudung. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah PNM Perlis iaitu Pn. Hjh Norma Mohd Darus dan Timbalan Pengarah PNM Perlis iaitu Tn. Hj. Muhammad Hj. Harun. Majlis turut menjemput Pn. Roslima Omar untuk mengucapkan sepatah dua kata sempena majlis persaraannya yang diadakan secara rahsia tanpa pengetahuannya. Majlis bertukar suasana sedih dan hiba di atas ucapan-ucapan yang disampaikan oleh beberapa kakitangan PNMPerlis. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pn. Pengarah dan Timbalan Pengarah.



Pameran dan Kempen Daftar Ahli @ S.M Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah

Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis di bawah Skuad Promosi Perpustakaan dengan kerjasama Perpustakaan Cawangan Arau, Perpustakaan Desa Oran, Perpustakaan Desa Kok Klang, Perpustakaan Desa Guar Gajah dan Perpustakaan Desa Oran terlibat untuk mengadakan Pameran dan kempen daftar ahli perpustakaan sempena sambutan Hari Kokurikulum dan progam PIBG peringkat sekolah.

Tarikh : 13 & 14 Julai 2012
Masa : 8 pagi - 12.30 tgh hari

Aktiviti dijalankan:
  • Pameran rangkaian perpustakaan
  • pameran buku
  • kempen daftar ahli perpustakaan
  • kuiz jejak maklumat

Kursus Hrmis

Kursus Hrmis untuk kakitangan tetap PNM Perlis telah diadakan dengan jayanya pada 9 hingga 10 Julai 2012 bertempat di Dewan Syarahan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Tenaga pengajar adalah dari Bahagian Sumber Manusia, Perpustakaan Negara Malaysia. Para peserta diajar tentang penggunaan sistem HRMIS yang meliputi cara-cara untuk menukar password, membuat semakan, cara-cara untuk mengisi borang skt secara online dan sebagainya.

Majlis Perasmian Photo of Ecuador "Sons od Scared Waterfall"


Pada 4 Julai 2012, bertempat di aras bawah telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Photo of Ecuador "Sons of Scared Waterfall". Majlis ini telah dirasmikan oleh duta rasmi negara itu sendiri. Majlis perasmian turut dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Yg. Berbahagia Dato' Raslin, barisan exco, pengarah jabatan, media dan sebagainya. Photo of Ecuador memperlihatkan kebudayaan masyarakat negara Ecuador seperti gaya hidup, sukan,  dan tempat-tempat menarik di negara Ecuador yang terakam melalui foto-foto menarik yang dihasilkan dan dipamerkan kepada orang awam.

Selain itu, turut diadakan pameran seni Persatuan Pelukis Negeri Perlis yang bertemakan Inspirasi Alam. Pameran yang berlangsung selama lebih kurang 2 minggu mendapat sambutan daripada orang ramai melalui lawatan sambil belajar pelajar sekolah, pengguna perpustakaan dan sebagainya. Turut diadadakan kuiz mengenai pameran yang berlangsung dan kempen daftar ahli perpustakaan.