Persembahan yang Superb dan lain dari yang lain. Itulah yang dapat diungkapkan untuk pasukan dikir barat Perpustakaan awam Negeri Perlis sempena Malam Perkhidmatan Awam 2012 yang turut dihadiri oleh D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis dan D.Y.M.M Tuanku Raja Perempuan Perlis serta diiringi oleh D.Y.T.M Raja Muda Perlis serta D.Y.T.M Raja Perempuan Muda Perlis. Sebanyak 10 jabatan kerajaan negeri Perlis mempersembahan lakonan, tarian dan nyanyian bertemakan jenaka rama.
Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Biro Kebudayaan yang diwakili oleh seramai lebih kurang 40 orang kakitangan mengadakan persembahan dikir barat dan lakonan. Persembahan ini mendapat sambutan yang hangat walaupun perpustakaan merupakan kumpulan yang terakhir mengadakan persembahan kerana rata-rata hadirin yang hadir mula menunjukkan tanda-tanda bosan dan mengantuk kerana malam kian larut.
Persembahan superb dari perpustakaan mendapat pengiktirafan daripada hadirin yang hadir melalui tepukan yang gemuruh selepas akhir persembahan. Turut mendapat kejutan pada malam tersebut adalah perpustakaan diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik yang dipilih bersama 2 pasukan yang lain. Pengiktirafan ini diberikan sebagai suatu penghargaan kepada pasukan kerana menzahir persembahan baik dan kreatif selain memberi dorongan dan saingan kepada semua jabatan kerajaan untuk mengadakan pesembahan yang lebih baik di tahun hadapan.
Diharap kemenangan dan pengiktiran ini dapat memberi suatu lonjakan kepada kakitangan perpustakaan yang lain untuk memberi sesuatu yang terbaik dalam segala tugasan yang diberikan. Selain itu, diharap dengan kemenangan ini dapat menghadiahkan suatu kenangan manis kepada Puan Pengarah iaitu Pn. Hajah Norma Mohd. Darus yang akan menamatkan perhidmatan pada tahun hadapan.
Terima kasih kepada Puan Pengarah kerana sokongan yang telah diberikan..