PNM Perlis telah mengadakan bengkel Ilmu Admin & User Training kepada kakitangannya yang terdiri daripada penolong pegawai, pegawai IT, pegawai di Perpustakaan cawangan dan Pekan. Bengkel ini dijalankan pada 16 hingga 20 Januari 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada peserta tentang modul-modul yang terdapat di dalam system ILMU serta cara penggunaannya yang berfungsi melaksanakan pelbagai tugasan perpustakaan dengan lebih berkesan.Sistem ini mula digunakan pada tahun 2012. Melalui sistem ILMU,terdapat pangkalan data yang dikenali sebagai Online Public Access Catalog (OPAC) atau kalog Umum Atas talian. Peserta juga didedahkan dengan WebOPAC bertujuan memudahkan pengguna membuat pencarian bahan di dalam simpanan dengan lebih cepat dan mudah. Sistem ILMU ini menggantikan sistem SLS yang digunapakai selama beberapa tahun dahulu.
KEM PINK 2012
Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah Berjaya menganjurkan satu program yang di namakan Kem Pembangunan Insan Nadi Kecemerlangan 2012 ( KEM PINK 2012) pada 13-15 Januari 2012 bertempat di Timah Tasoh Lake Resort . Program julung kali diadakan ini bagi mengeisi kalendar Program Galakan Membaca 2012 yang telah melibatkan peserta bagi mewakili Perpustakaan Pusat, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Pekan dan Perpustakaan Desa. KEM PINK 2012 merupakan program ilmu yang disediakan khas kepada golongan belia yang memfokuskan kepelbagaian gaya hidup berlandaskan pembudayaan kepada nilai – nilai murni dalam kehidupan seharian.
Objektif penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan motivasi peserta dalam menghadapi pelbagai cabaran yang bakal mendatang di samping mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Negei Perlis sebagai salah satu pusat maklumat. Selain itu, program ini dapat memperkenalkan kepada peserta tentang teknik – teknik dan cara belajar yang berkesan serta mendidik peserta tentang semangat cintakan negara, membentuk jati diri dan mengekalkan semnagat perpaduan dalam kalangan peserta dan urus setia serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Antara pengisian program sepanjang bengkel adalah motivasi diri dari En. Ayub b. Ahmad, Ketua Unit HEM, Jab. Pelajaran Perlis, Literasi Maklumat dari Pn Zuliana bt. Ab. Rashiddan Cik Hasnan bt Mamat@ Ahmad Shazili, Perpustakaan Negara Malaysia, Teknik belajar Berkesan dari En Hamidi b. Mat Saat, Jabatan Pelajaran Perlis., Obstacle Course dari SUR Group Advance, Kenegaraan dari En. Mohamed Lokman b. Mahmud dari Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, malam budaya dan kecergasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)