Kayuhan Maips Peduli bersama DYTMTuanku Raja Muda Perlis

Mewakili Perpustakaan Awam Negeri Perlis bersama 3 kakitangan yang lain menyertai Kayuhan Maips Peduli bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis pada 22 November 2015. Kayuhan basikal bermula dari pekarangan Masjid Putra ke beberapa lokasi pilihan dan berakhir di Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Turut diadakan Kempen Kutip Buku Agama untuk Perpustakaan Pekan Arau, Perlis.

Sukaneka Bersama Keluarga sempena Program Syoknya ke Perpustakaan

Biro Tugas-tugas turut terlibat dalam membantu pelaksanaan aktiviti sukaneka Bersama Keluarga Program Syoknya ke Perpustakaan anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 19 Disember 2015. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk pengguna perpustakaan dan kakitangan perpustakaan seperti Pertandingan Tumbuk Garam Belacan (kakitangan lelaki) dan pertandingan Masakan Nasi     Lemak + Lauk (Kakitangan Wanita). Lain-lain aktiviti seperti kerusi muzik, boling nyok, musang berjanggut, timbang bola, tiup belon, tuju kasut, lambung kasih, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan lain-lain.







Lawatan Kontektual @ Langkawi sempena Kursus Professionalisma kakitangan perpustakaan Awam Negeri Perlis.

BAKERP melalui Biro Pendidikan & Lawatan terlibat dalam  menguruskan aktiviti lawatan Kontektual @ Langkawi pada 8 November 2015 sempena Kursus Professionalisma kakitangan perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 6-8 November 2015. Melalui lawatan ini, ahli BAKERP dibawa menaiki bot menyusuri sungai bagi melawat beberapa tempat menarik di Langkawi seperti Gua Kelawar, formasi gua, sangkar ikan, melihat burung helang dan habitat monyet, Kilim Geoforest Park dan laut Andaman.





Majlis Makan Malam Kursus Profesionalisma @ Langkawi

Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah menjalankan Kursus Profesionalisma kepada kakitangan       Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Hotel Langkasuka Langkawi Kedah pada 6-8 November 2015. Biro-tugas-tugas Khas diberi mandat sebagai urus setia aktiviti & majlis makan malam sepanjang kursus berlangsung.