Pertandingan Boling BAKERP 2015

Pertandingan Boling BAKERP 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 15 Feb 2015 (Ahad) di Perlis Bowl, Kompleks Kayangan Square, Kangar Perlis. Aktiviti ini berlangsung pada jam 9.30 pagi - 1.00 tengah hari. Aktiviti ini merupakan program tahunan Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis bertujuan untuk mengisi masa lapang dan mengamalkan kehidupan sihat melalui bersukan. Seramai 48 kakitangan mengambil bahagian di dalam acara ini. Acara ini diadakan secara berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta. Keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah akan diadakan pada Hari Keluarga PNMPErlis @ Gua Kelam nanti.