Program Jom Pi Perpustakaan @ PD Ulu Pauh & PD Titi Tok Bandar

PNMPerlis telah menjalankan "Program Jom Pi Perpustakaan" dengan jayanya pada 27 & 28 April 2013. Program ini telah berlangsung di dua lokasi yang berbeza iaitu Perpustakaan Desa Ulu Pauh pada 27 April dan Perpustakaan Desa Titi Tok Bandar pada 28 April 2013.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat setempat dan menggalakkan mereka datang ke perpustakaan seterusnya menanam amalan membaca di kalangan mereka. Pelbagai aktiviti menarik dirangka untuk menarik masyarakat setempat terutamanya golongan kanak-kanak, belia dan dewasa untuk hadir memeriahkan program tersebut antaranya:

Jom Pi Perpustakaan @ PD Ulu Pauh
  • Ceramah Pengurusan Jenazah
  • Bengkel Kek
  • Bengkel gubahan buah-buahan
  • Indoor games - Congkak, dam aji, karom, batu tujuh
  • Sukaneka - boling nyiur, kerusi muzik, masukkan air ke dalam botol dan sebagainya
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa
  • Sudut Permainan ilmu - kuiz jejak maklumat, mewarna, puzzles, putar-putar ilmu, teka buku, cabutan bertuah
  • pameran e-pustaka
  • kempen daftar ahli perpustakaan percuma
  • Pemeriksaan kesihatan percuma
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa

Jom Pi Perpustakaan @ PD Titi Tok Bandar
  • Sukaneka - Kerusi muzik, boling nyiur, basikal lambat, masukkan air ke dalam botol, sepak bola, semakin jauh semakin sayang dll
  • Pertandingan bola sepak berkain pelikat
  • Pertandingan mewarna kategori pelajar tabika
  • Sudut Permainan ilmu - kuiz jejak maklumat, mewarna, puzzles, putar-putar ilmu, celik jawi, cabutan bertuah
  • pameran e-pustaka
  • kempen daftar ahli perpustakaan percuma
  • Pemeriksaan kesihatan percuma
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa
Di akhir program diadakan majlis perasmian penutupan oleh Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis iaitu Tn. Hj. Muhammad Hj. Harun. Turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program yang diadakan secara sederhana ini mendapat sambutan yang meriah dan luar jangkaan dari penduduk setempat. Ini bermakna bahawa perpustakaan berada dekat di hati masyarakat setempat..





Hari Buku Sedunia

PNM Perlis telah berjaya menjalankan program Hari Buku Sedunia 2013 pada 23 April 2013 bertempat di Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis. Program ini dijalankan seawal jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu. Program ini merupakan program yang diadakan setiap tahun oleh PNM Perlis. Antara objektif program ini adalah :
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta Sedunia.
  • Memberi peluang kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti perbukuan.
  • Mengenali lebih ramai penulis buku tempatan terutamanya penulis buku negeri Perlis.
  • Menggalakkan penduduk negeri Perlis untuk datang ke perpustakaan dan sekaligus mempromosikan perkhidmatan perpustakaan
  • Menambah keahlian perpustakaan.
  • Menggalakkan semua lapisan masyarakat kearah minat membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan
Pelbagai pengisian menarik sepanjang Hari Buku tersebut antaranya:
  • Ceramah Literasi Maklumat & Media dari Perpustakaan Negara Malaysia
  • Pertandingan Melukis Poster antara sekolah-sekolah Menengah negeri Perlis. Tema "Hari Buku Sedunia"
  • Majlis Perasmian "Hari Buku Sedunia" oleh YAB Menteri Besar Perlis
  • Mari Membaca Bersama
  • Sumbangan Buku
  • Pameran Buku Nadir, Pameran Buku Baru
  • Pertandingan & pameran struktur buku
  • Pertandingan gubahan hantaran kain tuala berbentuk buku
  • Sudut Permainan Ilmu
  • I-Play Toy Library
  • Pameran dari agansi kerajaan spt Bomba, JKJK, JKKP, Agensi Anti Dadah, Rejimen 504 Askar Wataniah, Pemeriksaan kesihatan dari LPPKN
  • Kempen daftar ahli percuma & kempen minggu bebas denda lewat pemulangan buku
Majlis berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Sekalung penghargaan kepada pihak yang memberi kerjasama erat spt:
  • Pejabat Menteri Besar Perlis
  • JKR
  • Jab. Pelajaran Negeri Perlis, Sek. Men. Keb. Kuala Perlis, sekolah-sekolah seluruh negeri Perlis
  • Jabatan kerajaan yang terlibat dengan aktiviti pameran spt Bomba, JKJR, JKKP, Agensi Anti Dadah, Rejimen 504 Askar Wataniah,  LPPKN
  • Kakitangan PNM Perlis 
  •  orang perseorang yang mejayakan Hari Buku Sedunia




Majlis Persaraan Puan Pengarah PNMPerlis

Majlis Persaraan Puan Hjh Norma Mohd Darus sebagai Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia telah diadakan pada 12 April 2013 (Jumaat), 3.00 petang bertempat di Hotel Serii Malaysia. Majlis yang diadakan bermulan jam 3.00 petang berjalan dengan lancar  dipengerusikan oleh En. Muslim Saadan. Ucapan penghargaan dan alu aluan disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Hj Harun, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang dilantik berkuatkuasa 9 April 2013 bagi menggantikan Pn. Hjh Norma Mohd Darus.. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Hjh Norma Mohd Darus, ucapan penghargaan daripada Pn. Machita Othman dan seterusnya ucapan penghargaan daripada ketua bahagian.
 
Menyingkap kembali sejarah perkembangan perpustakaan, Puan Hjh Norma merupakan orang pertama yang memegang jawatan Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Beliau telah banyak meyumbang kepada perkembangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis daripada sebuah bangunan pondok kayu kepada bangunan yang besar dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Beliau juga turut menitik beratkan mengenai kejayaan perpustakaan dan kakitangan dalam pelbagai bidang seperti KIK, kebudayaan dan sebagainya. Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh PNM Perlis antaranya Johan KIK Perpustakaan Peringkat Kebangsaan, Johan Sukan JKPKPKK 2 tahun berturut-turut, Persembahan terbaik Malam Perkhidmatan Awam, Perpustakaan Terbaik bagi anugerah menjalankan aktiviti terbanyak dan sebagainya.
 
 Beliau turut menjaga kebajikan kakitangan PNM Perlis dengan menggalakkan kakitangan untuk menyertai ahli Puspanita di mana pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti bantuan kewangan, anak masuk U dan sebagainya.
 
Beliau yang telah berkhidmat sebagai Pengarah PNMPerlis selama 35 tahun menyeru kepada kakitangan PNMPerlis supaya lebih menjaga tingkah laku dan disiplin dalam memastikan PNM terus maju jaya. Beliau menyatakan PNMPerlis sentiasa di hati dan akan sentiasa memberi nasihat sekiranya diperlukan.
 
Turut diadakan sesi penyampaian hadiah daripada kakitangan PNMPerlis kepada Puan Hjh Norma Mohd Darus. Pada masa yang sama, Puan Hjh Norma turut menyumbangkan wang kepada Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi Negeri Perlis.
 
Di akhir majlis, semua kakitangan bergambar kenangan bersama Puan Hjh Norma Mohd Darus, Mantan Pengarah PNMPerlis. 'Jutaan Terima kasih Puan, Jasamu tetap kami kenang'