SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2013 & MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA KRISMAS


PNMPerlis telah dijemput oleh PNM untuk terlibat dalam aktiviti sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas pada
31 Dis 2012 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hadir pada majlis rumah terbuka Krismas  dan konsert ambang tahun baharu.

 Kepelbagaian acara di Dataran Merdeka itu dimulakan dengan Larian Tahun Baru 1Malaysia di mana seramai 5 orang kakitangan PNMPerlis menyertai larian tersenut.. PNMPerlis turut terlibat dalam aktiviti di khemah pameran seperti I-Play toy library, tulisan khat, permainan tradisional dan kuiz. Selain itu, PNMPerlis turut membantu PNM dalam  persiapan Majlis  Rumah Terbuka Malaysia Krismas.

 Malam kemuncak diadakan konsert artis ternama seperti Anuar Zain, Black, Fabolous Cat dan sebagainya. Pertunjukan bunga api diadakan pada jam 12 tgh malam.