Kempen Daftar Ahli @ Sm Jaafar Hassan Program Hari Ko Kurikulum, Mesyuarat Agung Serta Hari Anugerah Kecemerlangan SMKDJH 2012

PNM Perlis melalui Skuad Promosi, PANPs dan kerjasama PD Batu Bertangkup, PD Pdg Jelutong, PD Paya Kelubi tmengadakan kempen Daftar Ahli di SM Jaafar Hassan pada 29 Mac 2012. Antara pengisiian seperti pameran rangkaian perpustakaan, putar-putar ilmu, pameran buku, kempen daftar ahli dan sebagainya.  Tujuan diadakan aktiviti tersebut adalah untuk menambah keahlian perpustakaan disamping mempromosi perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat setempat.


Pertandingan Boling Tertutup BAKERP 2012


Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, BAKERP telah menganjurkan Pertandingan Boling Tertutup BAKERP 2012 pada 25 March 2012. Seramai 48 ahli BAKERP yg merupakan kakitangan PNM Perlis telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 12 pasukan di mana setiap pasukan mempunyai 4 peserta iaitu 2 peserta lelaki dan 2 peserta wanita. Peserta bagi setiap pasukan ditentukan melalui cabutan undi terlebih dahulu. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli BAKERP. Pertandingan ini juga boleh dilihat sebagai landasan untuk mengasah dan menonjolkan bakat terpendam. Selain dari itu, ianya juga sebagai latihan kepada ahli BAKERP bagi mewakili jabatan ke pertandingan anjuran pihak luar kelak. Berikut adalah keputusan pertandingan :
Johan : P-Berkecai
Naib Johan : Tu Dia Loh-leh Loh leh
Tempat ke-3 : Sakapink
Tempat ke-4 : Inkay
Tempat ke-5 : Kemas ke Dia
Tempat ke-6 : Maen-Maen
Tempat ke-7 : Geng Long
Tempat ke-8 : Nin Dia
Tempat ke-9 : Tip Top
Tempat ke-10 : Layan Jer
Tempat ke-11 : Dasat
Tempat ke-12 : Layan Jer

Pemain Terbaik Lelaki : Ridzuan Mat dari pasukan P– Berkecai (494)
 
Pemain Terbaik Wanita : Noor Hayati Husin






Program Merakyatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia "Sentuhan Pemimpin"


Program Merakyatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia “Sentuhan Pemimpin” merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan , Kesenian Negeri Perlis dengan kerjasama agensi di bawah kementerian KPKK. Program ini berlangsung pada 17 Mac 2012 bertempat di Sekolah Menengah Abi, Kangar, Perlis. Turut hadir adalah Y.A.B Menteri Besar Perlis iaitu Dato' Seri Dr. Md. Isa b. Sabu bersama barisan exco negeri Perlis yang lain. Y.A.B Menteri Besar Perlis sempat meninjau dan beramah mesra dengan penduduk kampung dengan menunggang basikal diiringi bersama para pemimpin yang lain. Ini menunjukkan bahawa pemimpin kita  berhati mulia dan berjiwa rakyat dengan mendekati masyarakat luar bandar selaras dengan gagasan 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Perpustakaan yang merupakan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dilantik sebagai urur setia Pertandingan Permainan Tradisional seperti congkak, dam aji, karom, batu 7 dan sepak raga. Selain dari itu, perpustakaan turut mengadakan pertandingan tulisan khat menggunakan bingkai dan mempromosikan perpustakaan dengan mengadakan pameran dan kempen daftar ahli perpustakaan.


Festival Bola Baling Bulatan


Festival Bola Baling Bulatan merupakan anjuran Persatuan Permainan Tradisional Negeri Perlis yang dipertandingkan secara peringkat negeri Perlis pada 17 Mac 2012 bertempat di Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis. PNM Perlis melalui Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, PPANPs telah menghantar seramai 25 orang kakitangan untuk turut menyertai pertandingan tersebut. Setiap kumpulan dibahagikan kepada lima (5) orang dan permainan adalah berdasarkan balingan yang terbanyak mengikut bentuk bintang di dalam bulatan. Akhir sekali, setiap kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut diberikan hadiah saguhati berupa wang tunai.


Lawatan Sambil Belajar ke Songkla, Thailand


Seramai 34 ahli Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, PPANPs serta ahli keluarga mengadakan lawatan Sambil Belajar ke Songkla, Thailand pada 10-11 Mac 2012. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan peserta  mengenai selok belok perkhidmatan Perpustakaan Awam  dan Perpustakaan Akademik di Thailand. Lawatan ini pada masa yang sama adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama kakitangan PNM Perlis. Peserta rombongan menetap di homestay yang merupakan rumah penduduk Thailand  untuk mengerat hubungan silaturrahim dan belajar budaya masyarakat Thailand.

Antara tempat menarik yang dilawati adalah Public Library Songkla, Pantai Samila, Ice Dome (Dalam Taman), Klong Hei (Masjid Terapung dan Haadyai). Semasa lawatan di Public Library Songkla, rombongan berkongsi segala maklumat berkaitan perpustakaan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat Thailand. Selain itu, peserta rombongan turut ditayangkan video korporat  perpustakaan serta sesi soal jawab bersama pegawai perpustakaan Thailand.





PNM Perlis menganjurkan Perhimpunan Bulanan Mac 2012

Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis telah dipilih sebagai tuan rumah  Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri bagi bulan Mac 2012. Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Perlis anjuran PNM Perlis diadakan pada 6 Mac 2012 bertempat di Dewan Warisan Negeri Perlis. Majlis bermula seawal 8.00 pagi yang turut menyaksikan kehadiran YB Penasihat Undang-undang,YB Pengawai Kerajaan Negeri dan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Tuan Haji Muhammad Haji Harun,Pemangku Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis telah  mewakili perpustakaan untuk menyampaikan ucapan aluan kepada kakitangan kerajaan yang hadir. Persembahan dimulakan dengan Koir lagu Negaraku, lagu Negeri Perlis,lagu Perkhidmatan Awam  dan lagu Mari Membaca telah disampaikan oleh kumpulan Koir  Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dibawah pimpinan YM Tengku Nazim Tengku Saminan.
YAB Menteri Besar dalam amanatnya menyeru kakitangan kerajaan negeri agar rajin membaca dan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan. Beliau cadangkan agar kakitangan kerajaan menjadikan membaca sebagai budaya hidup. Selain itu, YAB Menteri Besar menyingkap kembali sejarah Perbadana Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Menteri Besar Perlis telah sudi menyampaikan cenderamata penghargaan berupa sijil dan buku kepada ahli perpustakaan paling aktif bagi kategori Kakitangan Kerajaan.