Teks Ucapan Pengacara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan

BERIKUT ADALAH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS BAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKERP KALI KE SEMBILAN YANG DIADAKAN PADA 23 JUN 2011


 BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM…..syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNYA dapat Kita Bersama-sama berhimpun dalam majlis yang indah ini.
        “ DiTatang-Tatang kiri ke kanan,
DiSirat-Sirat DiSeret ke Depan.
          Selamat Datang Tuan Dan Puan,
Ke Mesyuarat Bakerp kali ke-9.”

       Assalamualaikum w.b.t  salam sejahtera, salam kegemilangan, dan salam 1 Malaysia. Selamat Datang ke Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi ( Bakerp ) Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9 tahun 2011.

      Yang Berusaha Puan Hajjah Norma Hj Mohd darus Pengarah perpustakaan Awam Negeri Perlis merangkap Penasihat Bakerp. Yang Dihormati Tuan Haji Muhammad Hj Harun, Yang Dipertua Bakerp. Yang Disanjungi Puan Machita Othman Pegawai Bahagian Maklumat Dan Pendokumentasian Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Barisan Ahli Jawatankuasa Bakerp seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati ALLAH sekalian. Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih Kepada Puan Hajjah Norma Kerana Sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita dan merasmikan mesyuarat agung Bakerp pada hari ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan  semua ahli-ahli Bakerp yang dapat bersama pada mesyuarat agung pada hari ini.

      Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Al-Fadzil Ustaz Rashid Bin Harun unutk memimpin bacaan Doa. Di Persilakan……

     Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Rashid Bin Harun Diatas Bacaan Doa Itu tadi.

      “ Bentuk Intan Menggunakan acuan,
Takut acuan Terbelah Dua.
        Untuk menyampaikan Ucapan Aluan,
Di Jemput Tuan Yang DiPertua”

      Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad Haji Harun Yang Dipertua Bakerp bagi menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala Hormatnya majlis mempersilakan….

      Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muhammad Hj Harun diatas ucapan beliau tadi. Diharapkan segala nasihat yang disampaikan tadi menjadi azimat berguna bagi kita ahli-ahli Bakerp untuk memajukan lagi kelab kita ini di masa hadapan.


  “ Pergi menimba Telaga di Hulu,
   Tidakkan ikan melarat ke muara.
    Kini tibalah masa ditunggu,
    Ucapan Perasmian mesyuarat kita”

       Dengan ini, majlis menjemput Puan Hajjah Norma Hj Mohd Darus, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis selaku Penasihat Bakerp bagi menyampaikan ucapan seterusnya Merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9 tahun 2011. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan……   
 
       Majlis merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan dan terima kasih diatas ucapan perasmian oleh Puan Pengarah itu tadi. Semoga ucapan tadi menjadi Panduan kepada kita semua untuk bekerja lebih kuat demi masa depan kelab dan jabatan kita.

      Seterusnya adalah upacara penyampaian hadiah Pertandingan Boling Berpasukan Tertutup Panperlis. Untuk makluman pertandingan telah berlangsung pada 19 jun yang lalu, seramai 40 orang ahli bakerp yang dibahagikan kepada 10 kumpulan telah mengambil bahagian. Pertandingan diadakan di Perlis Bowl The Store kangar dari Jam 2-6 petang. Kami di Biro Sukan Bakerp mengucapkan Terima kasih kepada semua peserta diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan.Terima kasih juga diucapkan kepada Puan pengarah Yang turut sama hadir memberi  sokongan kepada peserta.

      Sekali lagi Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad untuk Menjemput Puan Pengarah  bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Rujuk Senarai Keputusan

      Sebagai Cenderamata kenangan daripada Bakerp, Dipersilakan Tuan Haji Muhammad untuk menyampaikan cenderamata kepada puan pengarah.
     Terima Kasih diucapkan kepada Puan pengarah dan Tuan Haji Muhammad diatas Kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

        Maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Mesyuarat agung Bakerp kita kali ini, selepas ini kita akan ke sesi seterusnya iaitu mesyuarat agung bakerp kali ke -9 tahun 2011. Sebelum itu semua staff di minta ke bahagian depan, tempat parking e-pustaka untuk sesi bergambar. Selepas itu naik semula ke dewan untuk mula bermesyuarat.

      Kalau ada sumur di ladang,  Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang   Satgi kita jumpa lagi.


     Sekian terima Kasih..assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum, salam sejahtera . diminta semua ahli jawatankuasa berada di meja hadapan.

Untuk memulakan mesyuarat kita memerlukan seorang pengerusi mesyuarat, jadi saya buka untuk cadangan. Dalam mesyuarat jawatankuasa ada mencadangkan En Dahlan Ismail, tapi terpulang pada tuan-tuan untuk mencadangkan orang lain.

Terima Kasih daun keladi,
Tahun depan jumpa lagi…….wasalam.

Program Tinjauan Mesra Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia




Tahniah kepada YAB Perdana Menteri kita kerana julung-julung kalinya dapat berkunjung ke negeri Perlis Indera Kayangan pada 23 Julai 2011 (Sabtu). Difahamkan YAB Perdana Menteri akan mengadakan kunjungan ke 'Nat' Balai Baru pada jam 9.30 pagi untuk bertemu rakyat dan para peniaga di sekitarnya. Di samping itu juga, beliau akan bersarapan pagi di nat tersebut.  Seterusnya YAB Perdana Menteri akan bertemu dengan anggota perkhidmatan awam serta pemimpin persatuan kaum di Dewan 2020 pada pukul 11.00 pagi. Pihak perpustakaan telah mewajibkan semua kakitangannya untuk hadir ke majlis tersebut. Semua aktiviti jabatan ditangguhkan ke minggu hadapan. 


Untuk pengetahuan semua, Program Tinjauan Mesra atau “Walkabout” yang dipopularkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merupakan antara pendekatan “menyelami denyut nadi rakyat” dan ianya sebahagian dari cara menterjemahkan Gagasan 1 Malaysia . Sehubungan itu, amatlah perlu bagi setiap pemimpin UMNO/BN mampu untuk melakukan ‘Tinjauan Mesra” dikawasan masing-masing dan seterusnya membawa permasaalahan rakyat kepada pihak berkenaan untuk dicari penyelesaian. 

Majlis Amanat oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia kepada Warga PNM Negeri Perlis


Majlis Amanat oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia kepada Warga PNM Negeri Perlis telah diadakan pada 18 Julai 2011 (Isnin) bertempat di Dewan Syarahan PPANPs. Ketua Pengarah PNM adalah Yang Berbahagia Dato' Raslin Abu Bakar sudi memberi amanat kepada wargna PNM negeri Perlis. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pn. Hjh Norma bt. Mohd Darus, Pengarah PPANPs. Di dalam majlis tersebut, beliau menyatakan PNM kini mengambil alih sumber manusia kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan tiada lagi pengasingan atau perbezaan antara perpustakaan desa negeri dan perpustakaan desa PNM. 

Dalam Amanat Yang Berbahagia Dato' Raslin menyatakan bahawa kakitangan lama seperti Pn. Pengarah PPANPs dan Tn. Hj. Muhammad akan dinaikkan pangkat, kakitangan sambilan negeri akan dinaikkan ke jawatan kontrak berkuatkuasa pada 1 September 2011. Beliau berjanji akan memberi banyak perubahan dan pembaikkan pada PANPs apabila Infrastruktur ICT di perpustakaan Awam Negeri Perlis dinaik taraf, pemberian e-book (mengandungi 2 juta buku) dan sebagainya. Di akhir majlis tersebut, Dato' KP telah menyampaikan surat lantikan kontrak (N1/R3) kepada kakitangan sambilan negeri. Terima kasih kepada Dato' KP.

Fakta-fakta penting

  • Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Khidmat Pengurusan Sumber Manusia Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Bawah Perpustakaan Negara Malaysia telah dijalankan pada 16 Mei 2010 (Ahad) di Dewan Syarahan PPANPs. Ianya disempurnakan oleh YBHG Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiuasaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan YB Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  • Dengan termeterainya perjanjian ini, maka bermulalah satu transformasi yang mana Khidmat Pengurusan Sumber Manusia PPAN Perlis akan bertukar tangan kepada Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
  • Tarikh 7 Julai 2011merupakan proses tukar lantik kakitangan tetap dijalankan.

Pertandingan In Door Games JKPKPKK

Pada 15 Julai 2011 (Jumaat) telah berlangsung pertandingan In-Door Games JKPKPKK di Muzium Kota Kayang. Antara permainan yang dipertandingkan adalah congkak, dam aji, dart dan karom. Permainan congkak diwakili oleh Pn. Nifarina, Pn. Melor dan En. Shukri. Permainan dan aji diwakili oleh En. Saiful Akhbar, En. Rozuwan dan Pn. Zairina. Permainan Dart diwakili oleh En. Azham Arif, En. Zulkifle Salleh dan Pn. Noor Hayati Hussin manakala permainan karom diwakili oleh en. Norzaidi Ismail dan Pn. Norlaila Che Said. Perpustakaan hanya mendapat 1 mata melalui pertandingan dam aji sahaja. Turut dipertandingkan adalah acara karom VIP yang diwakili oleh Tn. Hj. Muhammad Hj.Harun.
Pemain yang mewakili acara dart

Pemain yang mewakili acara karom

Pemain yang mewakili acara congkak

Pemain yang mewakili acara dam

Tahniah perpustakaan Johan Pertandingan Badminton JKPKPKK


Perpustakaan telah menjadi Johan Pertandingan Badminton JKPKPKK. Pertandingan ini dijalankan pada 17 Julai 2011 (Ahad) di Dewan Khoon Aik pada pukul 9.00 pagi. Pasukan perpustakaan telah diwakili oleh En. Azham Ariff, En. Shukri Bahari, En. Muhd Rizuwan Mat Radzi, En. Nazri Zainol, Pn. Noor Hayati Othman, Cik Haizatul Afni Bakhtiar dan Cik Hafizah. Pertandingan dijalankan secara liga dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A terdiri daripada pasukan perpustakaan, JASA dan RTM manakala pasukan B terdiri daripada pasukan muzium, kraftangan dan Bernama, kebudayaan dan Penerangan. Perpustakaan layak ke separuh akhir setelah menjadi johan kumpulan. Naib Johan kumpulan A adalah dari pasukan RTM. Pasukan B yang layak ke separuh akhir adalah pasukan muzium, kraftangan dan Bernama serta Kebudayaan. Pertandingan akhir menyaksikan perpustakaan sekali lagi bertanding dengan pasukan RTM.
Naib Johan disandang oleh pasukan RTM manakala tempat ke-3 disandang oleh pasukan Kebudayaan. Pasukan perpustakaan berjaya mengekalkan kejuaraan 2 tahun berturut-turut di dalam acara badminton. Tahniah kepada kakitangan PPANPs dan ahli keluarga yang datang untuk memberi sokongan kepada pasukan perpustakaan.

Tahniah perpustakaan Johan Boling & Naib Johan Bola Tampar JKPKPKK

Tahniah kepada perpustakaan kerana menjadi johan pertandingan boling JKPKPKK yang telah dijalankan pada 11 Julai 2011 bertempat di Perlis Bowl, Kangar Perlis. Pasukan Perpustakaan yang diwakili oleh En. Mohd Rizuwan Mat Radzi, En. Shukri Bahari dan 2 orang wakil wanita. Perpustakaan berjaya menewaskan pasukan JASA yang mendapatkan tempat ke tiga. En. Mohd Rizuwan Mat Radzi yang mendapat  jatuhan pin tertinggi bagi kategori lelaki semasa Pertandingan Tertutup BAKERP yang lepas turut tersenarai mendapat jatuhan pin tertinggi bagi kategori lelaki untuk pertandingan boling JKPKPKK. Selain dari itu, perpustakaan juga telah menyandang tempat ke-2 bagi pertandingan Bola Tampar JKPKPKK yang telah diadakan pada 13 Julai 2011. Sekalung tahniah diucapkan..


Tahniah perpustakaan Johan Sepak Takraw JKPKPKK

Perpustakaan telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan sepak Takraw. Pertandingan ini telah dijalankan pada 14 Julai 2011 bertempat di Kompleks Belia, Kangar, Perlis. Sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian. Pasukan sepak takraw perpustakaan diwakili oleh En. Azham, En. Fauzi Omar dan En. Ridzuan Mat. Bagi pertandingan pertama, pasukan perpustakaan bertemu dengan pasukan JASA dan kemenangan berpihak pada perpustakaan. Pada pusingan kedua pula, perpustakaan bertemu dengan pasukan Kebudayaan dengan permainan tiga set.

Pada peringkat akhir, Pasukan perpustakaan yang diwakili oleh En. Azham, En. Fauzi Omar dan En. Ridzuan Mat bertemu dengan pasukanan RTM.Terima kasih kepada pemain yang berusaha untuk menjadi johan pertandingan dan terima kasih juga kepada para penyokong kerana dengan sokongan anda kita berjaya menjadi johan.. 

Kejohanan Sukan JKPKPKK 2011

Sebanyak 6 pasukan telah menyertai Sukan JKPKPKK iaitu JASA, Penerangan, RTM, Kebudayaan, Perpustakaan dan  Muzium, kraftangan dan Bernama. JASA telah menjadi urus setia bagi Pertandingan Sukan JKPKPKK tahun ini. Acara sukan yang dipertandingkan adalah Futsal, Boling, Bola Tampar, Sepak Takraw, In-Door Games dan Badminton.

Berikut adalah keputusan perlawanan terkini :

1)Futsal
Johan - Kebudayaan
Naib Johan - Muzium, Kraftangan, Bernama
Ketiga - Penerangan

2) Boling
Johan - Perpustakaan
Naib Johan - RTM
Ketiga - Jasa

3) Bola Tampar
Johan - Jasa
Naib Johan - Perpustakaan
Ketiga - RTM

4) Sepak Takraw
Johan - Perpustakaan
Naib Johan - RTM
Ketiga - Penerangan

Koleksi gambar kenang-kenangan pasukan perpustakaan sepanjang perlawanan :

Pasukan futsal perpustakaan
Pasukan Boling perpustakaan
Pasukan Bola Tampar serta penyokong perpustakaan
Pertandingan Takraw

Selamat Pengantin Baru Pn. Azuwin Ishak



Bakerp ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Azuwin yang bertugas di Bahagian Kanak-Kanak telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pilihan hatinya iaitu En. Shariman pada 4 Jun 2011. Puan Azuwin telah selamat diijab Kabul pada 28 Mei 2011. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya.

Selamat Pengantin Baru En Nazeri

 En. Nazri Zainol yang bertugas di bahagian Rujukan, PANPerlis telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya iaitu Cik Hasliza pada 5 Jun 2011 (Ahad) bersamaan 3 Rejab 1432 di kediaman Kampung Terus-Teitip, Jalan Kuala Perlis. En. Nazri telah selamat diijab Kabul pada 3 Jun 2011 (Jumaat). Bakerp ingin mengucapkan tahniah dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Mesyuarat Agung Tahunan BAKERP kali ke 9 tahun 2011

Mesyuarat Agung Bakerp kali ke 9 tahun 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2011 (Khamis), 8.30 pagi bertempat di Dewan Syarahan PPANPs. Pada tahun ini setiap ahli diberikan hadiah berupa baju T BAKERP bewarna hijau dan sebatang pena Pengerusi majlis pada hari tersebut adalah En. Ridzuan Mat. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Dipertua BAKERP iaitu Tn. Hj. Muhammad Hj. Harun. Mesyuarat Agung Tahunan dirasmikan oleh Pn. Hj. Norma binti Mohd Darus. Turut diadakan adalah penyampaian hadiah oleh Puan Pengarah kepada pasukan yang menyertai Pertandingan Boling Tertutup BAKERP. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah  hari diikuti jamuan makan tengah hari.
Ucapan Aluan dari Yang Dipertua Bakerp dan Ucapan Perasmian dari Puan Pengarah PPANPs
Penyampaian Hadiah Pertandingan Boling
Mesyuarat Agung Tahunan BAKERP bersidang
Gambar kakitangan PPANPs

PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP BAKERP 2011

Pertandingan Boling Berpasukan Tertutup BAKERP telah diadakan pada 19 Jun 2011 bertempat di Perlis Bowl, Tingkat 2, Bangunan Kayangan Square.  Seramai 10 kumpulan mengambil bahagian iaitu 40 orang. Turut hadir adalah Puan Hjh Norma Mohd Darus selaku  Penasihat Bakerp.  Berikut adalah keputusan pertandingan :

JOHAN                    
 Kump. Chee-bidi  (1219 mata)

NAIB JOHAN
Mail Lambung (1142 mata)

TEMPAT KETIGA
Nine on the Top (1138)
Para Peserta

Kumpulan No Name & Nine On The Top

Kumpulan Deco-Deco & Mail Lambung

Kumpulan Uii..Dasyat & Golong

Kumpulan Chee-bidi & Zers

Kumpulan Skyline Hijau & Golong-Golong Gelong



CERAMAH AGAMA HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM MERANGKUMI ASPEK IBADAH, MAKANAN, PEKERJAAN DAN EKONOMI

Bakerp di bawah Biro Pendidikan dan Lawatan telah mengadakan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ismail Hassan Batu Bara pada 27 May 2011 di Dewan Syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Ceramah agama yang diadakan selama 2 jam ini dihadiri oleh ahli-ahli Bakerp yang antara lain mewujudkan kesedaran tentang halal dan haram  dalam islam merangkumi amalan seharian seperti makan minum, ibadah, kerja dan sebagainya. Isi kandungan ceramah ini begitu padat dan ilmiah untuk mendidik semua ahli-ahli bakerp supaya tidak lalai dan leka dengan tugasan harian sebagai penjawab awam yang bertanggungjawab dan amanah.