Majlis Jasamu Dikenang En. Ahmad Salleh

PANPerlis telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena penamatan kerja En. Ahmad Salleh pada 28.2.2011 bertempat di Dewan Syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis. En. Ahmad Salleh telah bersara beberapa tahun yang lepas, tetapi memandangkan komitmen beliau kepada perpustakaan yang tidak berbelah bagi dan sikap beliau yang rajin, menepati masa, disenangi oleh rakan-rakan sekerja dan mempunyai  kesihatan yang baik membolehkan perpustakaan menyambungkan perkhidmatan beliau sehingga berumur 60 tahun.Beliau menjadi contoh dan ikutan kepada pekerja yang lain tentang kepentingan menepati masa terhadap kerja. Beliau bertugas sebagai pemandu bas bergerak bersama-sama En. Ruslan Jaafar ke setiap segenap penjuru negeri Perlis untuk memartabatkan berbudaya membaca di kalangan masyarakat negeri Perlis. Kepada En. Ahmad Salleh, jasamu tetap kami kenang. terima kasih..

Laporan Mari Membaca 1Malaysia : Pesta Buku @ PANPerlis

Program Mari Membaca 1Malaysia : Pesta Buku @ PANPerlis telah berjaya dijalankan dengan lancarnya pada 17 Februari - 23 Februari 2011. Program ini merupakan program tahunan anjuran Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi PANPerlis dengan sokongan Jabatan Perpustakaan Negara Negeri Perlis.

Pelbagai bahan bacaan boleh didapati sepanjang Pesta Buku berlangsung. Objektif diadakan program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk memilih dan memperoleh bahan bacaan yang berkualiti serta terkini. Selain itu, ia bertujuan untuk meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca di kalngan masyarakat.Program ini sekaligus membuktikan usaha perpustakaan untuk membentuk masyarakat dan rakyat yang membudayakan ilmu.

Jawatankuasa BAKERP telah meletakkan sasaran pengunjung yang melebihi jumlah penghujung tahun lepas. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan untuk merealisasikan impian tersebut antaranya mempromosikan program ini dari 'Pintu ke Pintu' sekolah, menambah jumlah bengkel teknik menjawab, jemputan mengadakan pameran dari agensi lain, mengadakan Pertandingan Mewarna dengan kerjasama Kelab Nuri Bank Rakyat, Pertandingan Karaoke Bintang Kecil dan sebagainya.

Selain daripada pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa telah djalankan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Perpustakaan juga turut mengadakan Promosi Kempen Daftar Ahli supaya penganjuran Pesta Buku ini memberikan impak yang besar kepada peningkatan keahlian dan pengunjung perpustakaan.

Berikut adalah pengisian aktiviti yang telah dijalankan :

1) Jualan Buku daripada pembekal buku
Pelbagai buku pada harga murah dan berpatutan dijual sempena Pesta Buku ini. Turut mengambil bahagian seperti Karangkraf, Puncak Mas, Al-Ameen, Toko buku Cahaya Baru, Farana Books, Pustaka Union dan sebagainya.
Jualan Buku

Selamat Hari Lahir April 2011

Jawatankuasa BAKERP dan warga kerja PANPerlis ingin mengucapkan selamat Ulangtahun Hari Lahir kepada kakitangan PANPerlis yang menyambut Hari Lahir pada Bulan April. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan sihat selalu..Amin..

Selamat Hari Lahir Mac 2011


Jawatankuasa Bakerp dan seluruh warga kerja PANPerlis ingin mengucapkan selamat Ulangtahun Hari Lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan Mac. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat selalu..Amin..